Catatan Popular

Khamis, 21 Jun 2012

Amanat Haji Hadi Mengundang Pepecahan Ummah



Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong,Kuala Terengganu pada 7 April 1981.melalui amanat ini telah banyak mengundang perpecahan dikalangan umat mohammad saw yang tidak boleh dipertikai lagi,akan tetapi malang ianya masih tidak diakui dan tidak dikesalkan tanpa merasa bersalah atau berdosa oleh kepimpinan pas hingga ke hari ini..Pada masa tersebut ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas-markas Pas dan diedar kepada masyarakat umum.selepas itu berlaku lah bahawa orang islam yang berparti umno sembelih tidak boleh dimakan,solat dua iman (Gambar),suami menceraikan isteri kerana berlainan fahaman parti,orang pas tidak menegur orang umno dan sebagainya sesuatu yang negetif yang mengikut jalan-jalan syaitam.

Sedutan ucapan

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah Jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi Kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan