Catatan Popular

Rabu, 4 Julai 2012

KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS?? Bab (2)

Hujan Emas DiNegeri Orang...Tahad Ekonomi Negeri Kelantan.

Kos sara hidup rendah menggembirakan rakyat.tetapi ia bukan indikasi positif.kos sara hidup rendah diKelantan disebabkan penawaran melebihi permintaan akibat persaingan tinggi dalam pasaran lembab.

Pendapatan kasar isirumah terkini diKelantan sebanyak RM2,536.00 merupakan yang terendah diMalaysia.Jumlah kemiskinan setinggi 7.2% dan peratusan kemiskinan tegar ialah 1.5% pula merupakan yang tertinggi diSemenanjung Malaysia.

Melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sejumlah 85% isirumah diKelantan menerimanya.ini adalah yang tertinggi diMalaysia dan menunjukan lebih 3/4 isirumah diKelantan berpendapatan kurang RM3,000.

Dari senarai 1,000 syarikat besar yang beroperasi diMalaysia hanya Rohm Wako yang berpengkalan diKelantan dan pelaburan asing terus keKelantan dalam 2010 hanyalah 0.3% dari keseluruhan yang masuk keMalaysia.

Statistik ini menunjukan Kelantan paling rendah dari segi pendapatan perkapita dan kadar penyertaan tenaga buruh negeri-negeri dimalaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan