Catatan Popular

Selasa, 3 Julai 2012

KELANTAN ANAK TIRI ATAU ANAK EMAS?..BAB (1)

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Bersandar kepada keluasan lebih 15 ribu km persegi,Kelantan merupakan negeri ke 4 terbesar diSemenanjung Malaysia.9 kali lebih luas dari Negeri Melaka,14 kali lebih luas berbanding Pulau Pinang dan 18 kali lebih luas dari Negeri Perlis.


Penduduk Negeri Kelantan berjumlah 1,54 juta orang iaitu 5/4% dari penduduk Malaysia.ini adalah lebih kurang sama dengan jumlah penduduk dipulau pinang dan hampir 2 kali ganda lebih dari penduduk Melaka.Kelantan mencatatkan kepadatan seramai 102 penduduk bagi setiap kilometer persegi.Jumlah penduduk mengikut etnik 2010 mengikut ribu orang (Melayu 1.426.4)+(BumiPutra Bukan Melayu 16.1)+(Cina 51.6)+(India 3.8)+(Lain-lain 9.2)+((Bukan Warganegara 32.5).

Penduduk Kelantan terkenal dengan kehalusan dan ketinggian seni budaya serta berbakat dalam perniagaan dan pengurusan.Tidak hairan ramai anak-anak Kelantan berjaya mengukir nama harum dalam perbagai sektor termasuk dunia korperat.Salah seorang dari mereka ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang telah dinobatkan sebagaikan Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akedemi Pengurusan Asia dan Univesiti Sains Malaysia.

Didalam industri berteknologi tinggi seperti automotif,ramai anak-anak Kelantan pernah memegang jawatan-jawatan penting antaranya bekas bekas Pengerusi Proton Dato Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Dari aspek pertadbiran awan,anak-anak Kelantan mencatat kegemilangan dengan berjaya sampai ke peringkat tertinggi kerier yang diceburi.Ketua Hakim Negara sekarang iaitu YAA Tan Sri Arifin Bin Zakaria dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia,Jeneral Tan Sri Dato'Seri Zulkifli Bim Mohd Zin adalah anak kelahiran Kelantan.

Selain dari itu,Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan,Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani adalah juga berasal dari Kelantan.termasuk jugalah Ketua Pengarah diUnit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU) Jabatan Perdana Menteri,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),RISDA,Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia,Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Anak-anak Kelantan juga terus mengharumkan nama Kelantan setiap tahun didalam bidang akademik dan sukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan