Catatan Popular

Sabtu, 7 Julai 2012

PEMBERIAN PERSEKUTUAN & HASIL NEGERI (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (6).


 HATI GAJAH SAMA DILAPAH,HATI KUMAN SAMA DICECAH

Disebalik usaha menyembunyikan kegagalan menjana hasil baru,pimpinan PAS Kelantan sering melemparkan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah mengutip hasil cukai tinggi didalam Negeri Kelantan melalui agensi-agensinya.lantas berlaku zalim dengan tidak mengembalikan pulangan kewangan yang setimpal berbanding dengan hasil cukai yang dipungut diKelantan.



Kutipan hasil persekutuan dari agensi pusat iaitu Kastam DiRaja Malaysia,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembanga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diKelantan antara 2008-2011 adalah didalam lingkungan RM300 juta hingga ke RM450 juta setahun.ini adalah amat rendah jika dibandingkan dengan sumbangan tahunan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada Negeri Kelantan.

Pada tahun 2011,kutipan keseluruhan hasil persekutuan lebih kurang RM434 juta tetapi sumbangan persekutuan bagi 2011 adalah seperti berikut,

(i) Pemberian kepada Negeri Kelantan RM368 juta (Dibawah peruntukan perbendaharaan).

(ii) Anggaran peruntukan pembangunan kepada Negeri Kelantan RM1.3 Billion.

Selain daripada itu Kerajaan Persekutuan juga telah membelanjakan sebanyak hampir RM6 Billion diKelantan dibawah peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Projek Rancangan Malaysia ke 9.

Berikut adalah ringkasan sumbangan keseluruhan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan semenjak 2006.

(i) Pemberian & bantuan kewangan persekutuan RM1.6 Billion.

(ii). Pinjaman Persekutuan RM 1.7 Billion.

(iii). Projek bekalan air RM326.3 juta.

(iv) Perbelanjaan mengurus kementerian dan agensi Persekutuan (dari 2007) diKelantan RM 13.8 Billion.

(v) Perbelanjaan pembangunan kementerian dn agensi Persekutuan (dari 2007) diKelantan RM 5.8 Billion.


Kutipan hasil Persekutuan diKelantan adalah amat rendah jika diukur dari potensi Negeri kelantan sebagai antara pintu masuk ke Negara Malaysia

Kelantan berpotensi menarik bukan sahaja pelancong tenpatan tetapi pelancong asing kerana selain dari kaya dengan seni budaya yang tinggi ia juga mempunyai tapak-tapak bersejarah dan pra sejarah.

Bagaimana kutipan hasil persekutuan menerusi lembaga Hasil Dalam Negeri (Cukai Langsung) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Cukai Tidak Langsung) adalah terendah diMalaysia.

Pembandingan jumlah Cukai Langsung mengikut negeri bagi 2011 (Rujuk Carta 5.1) menunjukan kutipan diKelantan kutipan diKelantan adalah kedua tercorot selepas perlis dengan hanya 0.32% atau RM274 juta.Negeri-negeri lain seperti Terengganu mencatat kutipan yang lebih besar dengan menyumbang 0.44% Kedah dan Negeri Sembilan pula menyumbang 0.86% manakala Melaka menyumbang 1.02% atau RM 879 juta.

Kutipan Cukai Tidak Langsung pula Kelantan adalah yang paling tercorot dengan hanya antara RM29 juta ke RM37 juta setahun.

Tahun 2011 kutipan diKelantan hanyalah RM48 juta atau hanya 0.16% berbanding dengan Perlis 0.32%.Melaka dengan saiznya jauh lebih kecil dari Kelantan mencatatkan kutipan setinggi 3.54%  atau RM 1 Billion.Kutipan diPahang 2.89%,Negeri Sembilan 2.63%,Kedah 2,89%,Terengganu 2,21% dan Sabah 1.48%.


Walaupun kutipan hasil Persekutuan diKelantan amat rendah,Barisan Nasional tidak pernah menjadikan itu alasan untuk mengurangkan bantuan apalagi mengabaikan kesejahteraan dah kualiti hidup rakyat Kelantan.

Kadang kala ini menimbulkan rungutan dikalangan Kerajaan Negeri lain yang menyumbang hasil lebih tinggi kepada Persekutuan.

Walaupun sudah hampir 22 tahun tidak memerintah Kelantan,UMNO dan Barisan Nasional terus prihatin dengan nasib rakyat Kelantan.Perbagai cara yang dibuat dengan mengunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi diKelantan.

Seperti kata orang dulu-dulu,yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.hasil negeri tidak dapat ditingkatkan dan negeri tidak dapat dimajukan dengan hanya berceramah dan bermain politik.bersama-samalah kita menginsafi firman ALLAH SWT didalam ayat surah Ar-Ra-ad ayat 11. "Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan