Catatan Popular

Khamis, 5 Julai 2012

PEMBERIAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (4).


Kerajaan Pusat Barisan Nasional menyediakan peruntukan besar membiayai pemberian kepada negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia.Dalam tahun 2011,sejumlah lebih RM5 Billion (LIMA BILLION RINGGIT) telah dibelanjakan bagi membiayai pemberian-pemberian tersebut.

Darpada jumlah tersebut,lebih RM368 Juta (TIGA RATUS ENAM PULUH LAPAN JUTA RINGGIT) telah disalurkan kepada Negeri Kelantan walaupun diperintah oleh Pas.

Kerajaan Negeri Kelantan didalam tempoh 6 tahun lalu telah sebanyak 5 kali mengalami difisit perbelanjaan akaun mengurus.khas bagi negeri yang mengalami kekurangan akaun mengurus,Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian kekurangan akaun mengurus agar ia dapat menampung pembelanjaan mengurus termasuk terus berupaya membayar gaji kekitangan awam negeri.

Selain dari Kelantan hanya Negeri Perlis yang turut mengalami kekurangan akaun mengurus.bagaimanapun ianya tidak seburuk difisit yang dialami oleh Negeri Kelantan.pada 2011 Kerajaan Negeri Perlis hanya menerima kurang dari RM5 Juta (LIMA JUTA RINGGIT) untuk tujuan tersebut berbanding hampir RM75 Juta (TUJUH PULUH LIMA JUTA RINGGIT) yang diterima Kerajaan Negeri Kelantan..




Kelantan turut memerima PEMBERIAN BERDASARKAN TAHAD PEMBANGUNAN EKONOMI,INFRASTRUKTUR & KESEJAHTERAAN HIDUP (TAHAD).Ia bertujuan untuk membantu negeri melaksanakan projek-projek pembangunan bagi negeri yang tahad pembangunannya masih rendah,sesuai dengan maklamat pembangunan sosioekonomi yang seimbang diseluruh Malaysia.

Setiap tahun Negeri Kelantan menerima hampir 10% daripada peruntukkan keseluruhan persekutuan bagi TAHAD.pada 2011,Barisan Nasional memperuntukan hampir RM283 Juta dibawah pemberian TAHAD dan Kerajaan Negeri Kelantan menerima hampir RM30 Juta.sejak 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima hampir RM166 Juta pemberian TAHAD.ini menunjukan betapa tahad pembangunan diNegeri kelantan yang masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain diMalaysia.

Kesemua pemberian Persekutuan ni diberi terus kepada Kerajaan Kelantan melain Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan wang ihsan yang disalurkan terus kepada rakyat kelantan yang layak menerimanya.

Sumbangan membantu perbelanjaan mengurus Lembaga Muzium dan Perpustakaan Awan Negeri dan pemberian bil lampu jalan kepada PBT pula disalur terus kepada agensi berkenaan melalui kementerian yang terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan