Catatan Popular

Rabu, 4 Julai 2012

PERMASALAHAN SOSIAL (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS).Bab (3)

Ancaman jenayah bersenjata api semangkin ketara diKelantan.Peningkatan kadar jenayah mengakibatkan jumlah banduan didalam penjara dipengkalan chepa mencecah 1,800 orang pada akhir 2011 walaupun kadar keselesaannya hanya 1,200 orang.


Kelantan turut mencatatkan jangkitan HIV tertinggi diMalaysia,29 orang dari setiap 100.000 penduduk Kelantan dijangkiti penyakit tersebut.sepanjang 2011 jangkitan baru HIV ialah 462 orang dan kematian disebabkan AIDS adalah 88 orang.Kelantan telah mencatat kadar jangkitan HIV tertinggi semenjak tahun tahun 2008 lagi.


Kes penyalahangunaan dadah diKelantan meningkat 100% dari 4,255 kes pada tahun 2010 kepada 9,124 kes pada tahun 2011.kadar penagihan dadah yang tertinggi mengakibatkan jenayah samun dan pecah rumah semangkin meningkat.


Masalah rumahtangga juga semangkin meruncing.dari tahun 2005 hingga ke 2010 kadar perceraian diKelantan adalah 14.67% sehingga mendorong Kerajaan Pas Kelantan mempertimbangkan hukuman penjara dan sebat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan