Catatan Popular

Jumaat, 6 Julai 2012

RINGAN SAMA DIJINJING,BERAT SAMA DIPIKUL (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (5).

Punca sebenar kekurangan kemudahan asas dalam Negeri Kelantan terbukti bukan kerana Barisan Nasional menyekat peruntukan Persekutuan kepada Kelantan sebaliknya is berpunca dari kelemahan urus tadbir dan keupayaan pemerintahan meningkat ekonomi negeri.


Sepanjang memerintah Kelntan,Pas telah gagal untuk menjana hasil baru untuk negeri.kegagalan ini memberi kesan kepada ekonomi negeri seterusnya memberi implikasi negatif kepada penduduk.ketidak upayaan memakmurkan Negeri Kelantan juga mengakibatkan pelabur luar tidak berminat untuk melabur diKelantan.Akibatnya peluang pekerjaan didalam negeri Kelantan tidak memadai untuk menampung permintaan pekerjaan dikalangan penduduk.


Salah satu penyumbang utama hasil negeri adalah pemberian daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional iaitu mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant).

Sumber hasil utama lain bergantung hanya kepada hasil pendapatan aktiviti pembalakan menerusi royalti kayu kayan dan premium perhutanan serta premium tanah dan cukai tanah.sumber tersebut begaimanapun tidak mencukupi membiayai keperluan kewangan mengurus negeri.


Oleh yang demikian tanpa pemberian dan bantuan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional keadaaan kewangan Negeri Kelantan sudah pasti amat tenat.

Sebahagian besar daripada jumlah pemberian Persekutuan dimasukkan dibawah terimaan bukan hasil dalam Bajet Negeri Kelantan.

Pemberian TAHAD dan Pinjaman dari Kerajaan Persekutuan pula dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri bagi tujuan pembelanjaan pembangunan.

Pemberian kepada PBT,Lampu Jalan dan Lampu Isyarat,Muzium Negeri dan Perpustakaan Negeri serta penyelenggaraan cerun dan Jalan Negeri yang bernilai lebih RM100 juta setahun pula tidak dimasukkan ke dalam bajet negeri kerana ia disalurkan terus kepada agensi-agensi negeri yang berkenaan.


Terdapat perbezaan ketara diantara bajet asal yang dibentangkan didalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan pembelanjaan sebenar Kerajaan Negeri.

Kerap kali perbelanjaan sebenar Kerajaan Negeri adalah lebih rendah dari bajet asal peruntukan mengurus dan pembangunan.

Oleh yang demikian,peratusan pemberian persekutuan adalah lebih besar peratusannya dalam bajet sebenar berbanding dengan bajet asal.

* Didalam bajet asal Negeri Kelantan lebih kurang 15% daripada perbelanjaan mengurus adalah pemberian persekutuan tetapi penyata perbelanjaan rasmi negeri menunjukkan pemberian sebenar persekutuan melebihi 57% pada 2009 dan 39% pada 2010 dari perbelanjaan mengurus sebenar Negeri Kelantan.

* Pada tahun 2009,64.8% perbelanjaan sebenar pembangunan negeri adalah bersumber dari kerajaan pusat iaitu 49.5% dari sumber pemberian persekutuan dan 15% lagi adalah pinjaman Persekutuan.

*  Pada tahun 2010,13.7% perbelanjaan pembangunan negeri dibiayai dari sumber pinjaman dari Pusat.


Pas mempunyai tabiat menunding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional didalam hampir segenap aspek terutama untuk menutupi kelemahan urus tadbirnya.kerajaan Persektuan Barisan Nasional turut didakwa memperolehi hasil pendapatan yang lumayan menerusi kutipan-kutipan cukai diNegeri Kelantan.

Lantas pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Kelantan kononnya tidak setimpal dengan hasil yang diperolehi.menerusi dakwaan ini sekali lagi rakyat Kelantan terutamanya yang berada diluar Kelantan telai disemai dengan rasa benci kepada Barisan Nasional kerana mendiskriminasi Negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan