Catatan Popular

Jumaat, 31 Ogos 2012

Exco Pertanian Kelantan kalah bertanding YDP PIBG

Tumpat-Petanda-petanda kejatuhan Pas diKelantan semakin jelas kelihatan apabila baru-baru ini Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi tewas dalam persaingan untuk merebut jawatan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu.

Amat memalukan seorang wakil rakyat dan juga Exco Kerajaan Pas Kelantan kalah kepada seorang yang tidak ternama bernama Hussin Bustari pada pemilihan persatuan ibu bapa itu. Lebih mengaibkan Hussin Bustari tidak hadir pada mesyuarat tersebut. Laman sosial facebook, Pemuda UMNO Wakaf Bharu dan Mat Sri menyatakan Che Abdullah atau lebih dikenali sebagai Che Lah tewas hanya mendapat 17 undi dan Hussin Bistari mendapat 87 undi.

"Strategi yang diatur YB gagal memenangi hati para ibubapa.. mcmana la mahu  lawan ketokohan calon BN... petanda awal kejatuhan Pas," kata laman tersebut.

Kekalahan ini sebenarnya tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana ia dengan sendirinya telah membuktikan rakyat telah menolak Pas.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan