Catatan Popular

Jumaat, 31 Ogos 2012

Kehadiran Luar Biasa DiRumah Terbuka Aidilfiri Datuk Haji Md Rosdi Ab.Aziz

TUMPAT ( Wakaf Bharu ), 3 Syawal – Kemeriahan sambutan aidil fitri di Kelantan boleh dilihat di mana sahaja dan ada yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama rakan dan saudara mara.

Namun bagi Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz Penyelaras Dun Wakaf Bharu, peluang untuk bertemu muka bersama warga Wakaf Bharu telah diadakan pada hari ini dengan mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di kediaman beliau di Kg Kubang Batang,Wakaf Bharu.Tumpat.Kelantan.

Menurut Datuk Haji Md Rosdi rumah terbuka yang diadakan hari ini telah mendapat sambutan yang amat luar
biasa.” Alhamdulillah saya tidak menyangka walaupun jemputan program bermula jam 11.30 tengahari tapi jam 10.30 pagi lagi ruang perkarangan rumah saya sudah penuh dan ramai anak-anak warga Wakaf Bharu dan perantauan luar dari Kelantan hadir sama dan ini membuktikan hubungan mereka dan saya masih erat seperti dulu” ujar beliau.

Sementara itu antara tetamu khas yang hadir ialah Datuk Noor Zahidi Omar Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Isteri,Hanafi Naib Ketua UMNO Bahagian dan keluarga,Rasidi Ketua Pemuda UMNO serta saf-saf kempimpinan UMNO dan BN Tumpat.

Di majlis pada hari ini juga turut diadakan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak dan penyampaian telah dibuat 7 pusingan.

Disini penulis sertakan gambar-gambar antara tetamu yang hadir.


Sekian,Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

1 ulasan:

  1. Ya.. Sambutan luar biasa juga di rumah orang besar UMNO Pulau Gajah, Pengkalan Chepa baru-baru ini.. makanan tak cukup.. rugi kawe dop ambik gambar..

    BalasPadam