Catatan Popular

Sabtu, 8 September 2012

DIMANA JANJI BANDAR BARU PENGKALAN KUBUR???..PEMBOHONGAN PAS.

Seawal memerintah negeri Kelantan lebih 5,000 penduduk sekitar Bandar Pengkalan Kubur dekat Tumpat,Kelantan dijanjikan Projek Pembangunan Mega oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan.

Projek ini dinamakan Bandar Baru Pengkalan Kubur kononnya akan dilaksanakan dikawasan 7.200 hektar dengan kos kira-kira RM2.3 billion.


Pengumuman projek yang dianggap terbesar diKelantan itu mengembirakan penduduk yang kira-kira 90% adalah golongan petani dan nelayan.

Mereka mengambarkan kawasan yang selama ini sakit mata memandang tiba-tiba bertukar wajah daripada mundur kepada ceria dan maju.

Mereka menganggarkan jika kerajaan negeri berminat mengambil tanah itu untuk projek yang dimulakan pada ogos 1997 sekurang-kurangnya mereka akan menerima pampasan antara RM50.000 hingga ke RM150.000 setiap hektar.Mereka yang mempunyai anak disekolah menengah pula membuat perkiraan untuk menghantar anak mereka belajar ke Institusi pengajian Tinggi yang bakal diwujubkan dikawasan berkenaan.

Impian semangkin menjadi kenyataan apabila satu Majlis memeterai perjanjian persefahaman (MOU) diadakan antara kerajaan negeri dengan MJS Partners Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat swasta dari pulau pinang disebuah hotel Kota Baru pada 22 Disember 1996.

Turut menyaksikan MoU itu Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat.Beliau diberi taklimat mengenai projek berkenaan yang antara lain mengandungi Pusat Dagangan Islam Antarabangsa,4.000 unit penempatan dalam zon kediaman,kawasan perindustrian,pasar borong,masjid dan institut pengajian tinggi.


Tapak projek itu berhampiran sempanan Kelantan Thailand dan berdekatan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur iaitu pusat beli belah pelancong tempatan dan asing.

Kini lima belas tahun berlalu,projek yang sepatutnya siap sepenuhnya awal atau suku abad ke-21 belum menjadi kenyataan,
manakala tapak kawasan didirikan perbagai bangunan itu masih kekal sedia ada.

Penduduk dikawasan itu kini bukan saj hairan malah tertunggu-tunggu kenyataab kerajaan negeri sama ada projek itu akan diteruskan atau ditangguhkan.

Borang tawaran membeli rumah dikawasan pembangunan itu juga sudah diedarkan merata tempat.Bahkan dijual pada harga RM1 setiap borang kepada penduduk yang berminat membeli rumah teres dikawasan tersebut.

Harga bagi sebuah rumah ditawarkan antara RM35.000 seunit,malah sebahagian dari 5000 penduduk telah pun membeli borang tersebut.Dua syarikat dari Singapura dan Pulau Pinang yang diberi tanggungjawap melakukan kerja menambun tanag dikawasan itu dikatakan telah menarik diri dari menerima tawaran tersebut kerana merasakan telah tertipu.

Bagi petani,perternak dan nelayan pula,mereka menyifatkan kewujudan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa sebagai tapak kerana urusan jual beli segala hasil pertanian dan barang keperluan akan dilaksanakan mengikut kaedah Islam.

Ini dalam sejarah negeri bertamadun,Kelantan dibawah pempinan Pas mempunyai Pusat Dagangan berkonsepkan Islam yang akan menyaksikan urusan jual beli bebas daripada unsur penipuan.

Bagaimanapun,itu semua hanya impian yang pasti rakyat tidak akan mengecapi atau menikmati era pembangunan pesat yang dimaksudkan kerajaan negeri itu.ini kerana pada tahun 2002 Timbalan Menteri Besar,Ab.Halim Ab.Rahman mengumumkan bahawa struktur projek itu diBATALkan.

Kata Abdul Halim,MJS Partners tidak dapat menyediakan wang sebanyak RM2.300 juta untuk melaksanakan projek itu. Menurutnya,Kerajaan negeri bersetuju untuk mmengecilkan keluasan dan mengurangkan kos iaitu daripada 2.700 hektar kepada 174 hektar dengan pembelanjaan sebanyak RM200 juta,namun syarikat tersebut masih gagal melaksanakannya. Tetapi sejak November 1997 hingga Mei 2002, MJ Partners telah memaklumkan kepada kerajaan negeri yang syarikatnya telah mengeluarkan pembelanjaan lebih dari RM12 juta.

Tinjauan mendapati kawasan yang mahu dimajukan oleh syarikat berkenaan masih dipenuhi dengan lalang dan kubang kerbau.jesteru itu adalah tidak logik wang sejumlah lebih kurang RM12 juta digunakan dalam jangka masa lima tahun sedangkan tidak ada apa-apa perubahan berlaku pada kawsasan tersebut.

Seorang penduduk,Mohamad Loman ,50,berkata antara kampung yang dikatakan terbabit dengan projek itu ialah kampung Kebun,Kampung Tanjung,Kampung Serkom dan Kampung Mentua. Beliau hairan kenapa projek yang dijanji sejak tahun 1996 hingga sekarang masih tidak dilaksanakan,beliau mengesyaki ada penyelewengan dalam pembatalan projek itu.

Che Ya Yusoff,49,dari Kampung Serkom bagaimanapun menolak hasrat kerajaan negeri hendak menaik taraf kawasan itu kerana dimaklumkan tiada sebarang pampasan disediakan "Saya menolak tawaran itu kerana syarat ditetapkan tidak meyakinkan untuk menyerahkan tanah. Antara syaratnya saya dikehendaki membaut bayaran bulanan untuk rumah berkenaan.


Dimana saya hendak mendapat wang membayar sewa bulanan,sedangkan pendapatan tenaman tembakau dan padi hanya cukup untuk menampung keluarga? "Tanya beliau.

Pendapat itu disokong oleh Kadir Ismail,68, dari Kampung Tanjung yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran bagi setiap rumah kos rendah yang dijanjikan dibina dibandar itu.Katanya,
Kerajaan negeri sepatutnya membayar pampasan bagi setiap hektar tanah milik penduduk yang diambil bagi untuk melaksanakan projek.

(Cerita ini telah taip dari buku WAHALAL KU WAHARAM MU-Wan Ain Najwa Ramli)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan