Catatan Popular

Selasa, 25 September 2012

Angkara MattBlack-Gadis Hamil.

Terpedaya dengan janji manis MatBlack, seorang kerani sanggup menyerahkan mahkota wanitanya dan kini ditinggalkan selepas didapati sudah berbadan dua.

Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu mengenali teman lelakinya yang juga warga Nigeria melalui laman sembang sosial sejak Januari lalu sebelum perkenalan mereka bertukar kepada hubungan cinta.


Sumber polis berkata, wanita itu pada mulanya kurang percaya dengan kata-kata lelaki terbabit, namun selepas berjanji dan dipujuk untuk berkahwin selain mengaku tidak mempunyai teman wanita, mangsa menjadi ‘layu’ dan termakan kata-kata lelaki itu.


“Mangsa mengenali teman lelakinya itu sejak Januari lalu, sebelum melakukan hubungan seks lebih 10 kali di rumah mangsa dan juga di rumah lelaki itu.


“Lelaki berkenaan bukan saja meminta mangsa mengadakan hubungan seks dengannya pada waktu biasa malah juga ketika datang haid,” katanya. 


                                     MatBlack semasa ditangkap

Isu Air Bersih: Rakyat Perlu Tukar Kerajaan Pas Kelantan - Ab Kadir Yaacub

TUMPAT – Isu air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan Pas, terus diperjuangkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turun padang segenap pelosok kampung menuntut air bersih.
 
Naib Presiden MTRK Kelantan, Ab Kadir Ya’acub berkata, menjadi tanggungjawab MTRK memperjuangkan hak rakyat Kelantan ini kerana kerajaan Pas tidak berjaya menyelesaikan masalah air bersih tersebut.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu tukar paip air tetapi perlu tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ab Kadir yang juga Ketua MTRK Kawasan Tumpat, berkata demikian sempena sukan rakyat MTRK Tumpat di Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, kelmarin.

Ab Kadir berkata, isu air ini akan terus diperjuangkan MTRK dan akan ke banyak tempat lagi untuk memperjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kegagalan kerajaan Pas bekalkan air bersih.

Sempena sukan rakyat itu, Ab Kadir berkata, ia diadakan untuk menghidupkan semula budaya Melayu seperti dikir barat, silat dan perlumbaan perahu kepada generasi muda sekarang ini.

“Dalam masa yang sama juga, sebagai hiburan kepada Ahli Jawatankuasa MTRK yang penat bekerja memperjuangkan isu air di Kelantan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan Ab Kadir yang dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Turut diadakan pertandingan boling padang, tiup belon, persembahan tomoi, dan pelbagai acara lagi. – (Copy Sinar Harian)

Isnin, 24 September 2012

Terima Kasih PM ! Butiran Kenyataan Media YAB PM Berhubung Isu Pembayaran Tunai Petroleum

* Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa darisegi perundangan,Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntuk tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

* Pada masa ini,tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan.Oleh itu ,darisegi perundangan,kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

* Kerajaan Persekutuan bagaimanapun sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

* Oleh itu Kerajaan Pusat bersetuju menubuhkan sebuah Jawatan Kuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

* Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara,Tun Abdul Hamid Mohammad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,wakil dari kerajaan pahang,kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

* Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

* Jawatankuasa khas itu akan mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum diPantai Timur Semenanjung Malaysia.

* Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

* Dengan penubuhan Jawatan Kuasa Khas ini,Kerajaan Persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri dipantai timur semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil,telus dan saksama.

Ahad, 16 September 2012

UMNO Jangan Jadi Seperti Empayar Uthmaniah Dan Empayar Kesultanan Melaka – Khairy

Permatang Pauh 16 Sept – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengingatkan agar sejarah kejatuhan empayar Uthmaniah dan empayar kesultanan Melaka tidak berulang dan berlaku terhadap UMNO.

Menurut beliau sejarah dan peristiwa berkenaan perlu dihayati dengan mendalam agar UMNO yang yang telah sekian lama berkhidmat untuk rakyat dan negara menerusi Barisan Nasional (BN) terus mampu bertahan dan membela nasib rakyat.

“Kita tengok empayar Uthmaniah..tumbang bukan kerana kekuatan musuh tetapi kelemahan sendiri. Kesultanan Melaka yang dulunya masyhur dan kuat pada satu masa dahulu tetapi jatuh kerana sikap segelintir mereka yang menjadi ‘si kitol’. Jangan sesekali UMNO mengulangi sejarah empayar Melaka….ada ‘si kitol’  dan Raja Mandalia.

“Pilihan raya akan datang kita tunjukkan kekuatan yang sebenar. Saya sebutkan ini kerana apa…kerana bak kata PM, Datuk Seri Najib Razak pilihan raya kali ini akan menentukan survival BN. Ini akan menentukan masa depan parti kita sama ada parti kita akan terus cemerlang atau tidak.

“Kita sebenarnya berdepan dengan cabaran dan ancaman berbanding masalah dalaman parti. Kita berdepan dengan seorang yang rakus kuasa. Kuasa adalah amatlamat beliau. Beliau sanggup buat apa sahaja,” katanya
.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Permatang di Politeknik Seberang Perai, di sini, hari ini.

Turut serta Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan seluruh barisan kepimpinan UMNO Permatanag Pauh empat peringkat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah beliau bersetuju dengan cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mana-mana yang mengkhianati parti diambil tindakan kerana mereka yang sedemikian rupa tidak diperlukan dalam parti.

“Walaupun UMNO tertubuh 66 tahun dan menjadi parti politik utama di negara ini wajib kita bercakap soal perpaduan. 66 tahun kenapa kita masih cakap soal perpaduan.. Sepatutnya cakap soal masa depan, gerakan kita. Sepatutnya tidak payah cakap lagi soal sabotaj parti.

“Namun kita mahu bantu rakyat….Mahu jaga agama, bangsa dan Negara. . Kita nak   bantu orang Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat di negara ini. Kalau kita tidak menang tidak aka ada maknanya. Musuh utama kita bukannya kuat.. Musuh paling hebat adalah kita sendiri. Kita nak berperang mestilah dengan jentera dan senjata yang kuat dan bukannya senjata kita gunakan untuk bermusuh sesama sendiri.

“Kita ada jawatan tetapi kalah pilihan raya dan tidak adakuasa tidak ada maknanya. Harap kita ingat perkara tersebut. Parti bukan kepentingan individu. Kalau sesiapa jadi calon atas tiket BN itulah calon yang akan kita menangkan,” katanya. – MediaUMNO

Khamis, 13 September 2012

WoW !!! RM 600 Juta Peruntukkan Cyber Trooper Pas Untuk PRU 13 ???


Nik Aziz kena jawab ke mana perginya pinjaman mudah RM 600 juta yang diberikan Kerajaan Pusat  untuk keperluan kebersihan air diKelantan telah dibelanjakan???

Ini Soalan Rakyat Kelantan yang mesti dijawab Nik Aziz sebelum PRU 13 !!! ...Sah tak terjawap.

Itu tidak termasuk peruntukkan tahunan yang dijalankan sendiri oleh Kerajaan Pusat.



"Kelantan juga penerima tertinggi peruntukan bekalan air luar bandar (Batas) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu sebanyak RM16.5 juta berbanding negeri-negeri lain.

"Pada tahun lepas kerajaan Pusat membelanjakan sebanyak RM213 juta untuk membangunkan loji dan kemudahan bekalan air yang mana selepas dibangunkan akan diserahkan secara percuma kepada kerajaan Pas Kelantan. Peruntukan ini adalah yang ketiga tertinggi di negeri-negeri lain," kata Tok Pa.

Wow!!! Jangan pulak kata RM 600 juta tu buat bayaran cyber trooper Pas sudah lah....

Ini bukan tuduhan okey tapi gurau dari penulis nak buat lawak jer bodoh....P.Ramlee kata-bodoh,makan tahit unta !


Tapi kalau betul peruntukkan Cyber Trooper Pas RM 600 juta, habis licin Cyber Trooper UMNO seperti GelombangKick,Ambo Orang Kampung,Pikir Tilik dan lain-lain lagi lari masuk Pas juga Bro!!! 
 
                                               Kesian ! Menyambut Aidilfitri tampa air..
 
 
Air Tea O ke ni??
 
Kesian !..Air Kelantan terkotor...

Pendudok sekitar Kuala Jambu,Bendang Pak Yong berator utk ambil air bersih

Dato Pa & Noor Zahidi meninjau peralatan menapis air di Kuala Jambu.

Sakit Tiup pada tayar la  !
 
                                  PRU 13 nanti pakat tukar la Rejim Zalim Pas Kelantan ni...
 

Rabu, 12 September 2012

Haji Fauzi Terharu Ribuan Rakyat Dun Tendong hadir Menyambut "Hari Malaysia"...

 Oleh : Mohd Asri Mohd Zain

Tendong (Pasir Mas),11 Sep-Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfri anjuran PERKASA di Dataran Dataran KADA,Tendong,Pasir Mas telah mendapat sambutan luar dugaan dan dijangka lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas yang hadir.

Malam ini Datuk Ibrahim Ali,Ahli Parlimen Pasir Mas mengistiharkan nama Dataran KADA Tendong ditukar kepada "Dataran Rakyat" dan beliau akan berkerjasama dengan Haji Mohd Fauzi Mohammad,Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kubang Sepat bagi membangunkan kawasan itu agar lebih nampak ceria dan mengatur serta merancang perbagai aktiviti untuk rakyat disini.

Majlis bermula kira-kira jam 9.00 malam diPengerusikan oleh Setiausaha PERKASA Kelantan,bermula dengan Doa dan sajak Hari Malaysia dan seterus Ucapan Haji Mohd Fauzi Mohammad serta seterusnya Datuk Paduka Ibrahim Ali,Ahli Parlimen Pasir Mas,Kelantan menyampaikan ucapan.


Antara pengisian program yang diadakan ialah sajak,pantun yang berkaitan patriotik serta ada cabutan bertuah berupa mesim rumput,enjin air,pong racun,talifon bimbit,hamper,10 ekor kambing dan 1 ekor lembu sebagai cabutan utama serta dikir barat kumpulan salam pantai timur,pendi kenali dan lain-lain lagi.

Ketibaan YB Dato' Ibrahim Ali disambut dengan tepukkan gemuruh dan laungan semangat dari rakyat seperti "Hidup Brahim Ali !" "ALLAHUAKBAR !" dan kedengaran juga laungan "Hidup Haji Fauzi !" dari sekitar 2.500 orang penyokong-penyokong dan penduduk setempat yang hadir.ini mengambarkan pengaruh mereka amat kuat dan mejoriti rakyat masih setia kepada mereka diDun Tendong.


Antara isi ucapan Haji Fauzi "Sebuah negara merdeka yang aman dan makmur serta selamat oleh kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu memerintah dan menguruskan negara.kita patut berasa sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini.Selaku rakyat Malaysia yang baik,kita perlu sentiasa mendoakan agar keamanan yang dinikmati ini akan berkekalan selama yang mungkin.Ini kerana keadaan negara yang kucar kacir sememangnya akan menyusahkan kita semua dan mampu menghentikan segala benda yang dirancang mahupun tidak termasuklah impian si kecil."

Serta isi Ucapan Datuk Paduka Ibrahim Ali : "Saya bersyukur sebagai seorang rakyat Malaysia banyak mengajar tentang kehidupan secara bermasyarakat walaupun berbeza bangsa.Malahan,banyak benda istimewa yang ada di Malaysia tiada di luar negara.Walaupun berasa agak cemburu dengan rakan-rakan luar negara maju yang banyak menceritakan tentang negara mereka,keistimewaan negara mereka,apa yang ada disana dan juga cara kehidupan mereka,Malaysia juga apa kurangnya.Malaysia juga mempunyai kekayaan budaya dan keistimewaannya yang tersendiri.Setiap negara mempunyai keunikan masing-masing.
Keamanan,kekayaan budaya dan hasil kemajuan yang kita kecapi pada masa kini kesemuanya bermula dari titik tolak satu anjakan perjuangan yang mengalihkan daripada zaman yang daïf kepada zaman yang memulakan kegemilangan.Titik permulaan kebebasan yang menjadikan kita berdiri diatas kaki sendiri.Titik yang mengandungi peristiwa yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya."

Ujarnya lagi : "Tiada sebab kita hendak menyerahkan negara kita kepada Pakatan Rakyat yang gila kuasa sering menimbulkan suasana yang tidak harmoni dan memecah belah umat islam dinegara kita oleh itu mari kita pastikan Barisan Nasional terus kekal memerintah negara kita.rakyat pasir mas patut bersyukur walaupun ianya masih tidak mencukupi tapi baru-baru ini Datuk Seri Najib telah meluluskan 2 pam air bersih yang berharga rm100.000 ribu bagi setiap satu untuk kegunaan adik kakak dipasir mas..kita patut menukar pertadbiran pas dikelantan,sejak 22 tahun mereka memerintah kelantan rakyat telah menhadapi perbagai masalah dan kesulitan selain tidak mampu menyelesaikan masalah air,masjid,madrasah juga tidak terurus dan kotor serta tidak diurus dengan baik".
 
Turut hadir semua YDP-YDP serta pimpinan PERKASA Negeri Kelantan,Tan Sri Sulaiman bekas Timbalan Kementerian Pertania,Zahari Awang,Che Asmari Ali Ketua Penerangan PERKASA Kelantan,NGO-NGO dan veteran-veteran UMNO.

Namun bagi Haji Mohd Fauzi Mohammad,peluang untuk bertemu muka bersama warga Dun Tendong pada Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Majlis Hari Raya Aidil Fitri di Dataran Kada (Sekarang digelar Dataran Rakyat) di Tendong,Pasir Mas.Kelantan yang telah diadakan pada malam ini amat memberi peluang untuk beliau dan isteri untuk berjumpa dan beramah mesra serta disamping itu juga dapat bermaaf-maafan hari raya dengan lebih ramai masyarakat setempat.

Menurut Haji Fauzi Majlis yang diadakan malam ini telah mendapat sambutan yang amat luar dugaan.” Alhamdulillah,peringkat awal saya bimbang kerana bila saya turun dari rumah untuk hadir kemajlis ini hujan agak lebat tapi apabila sampai ke lokasi majlis,hujan didapati berhenti dan saya tidak menyangka walaupun jemputan program bermula jam 8.45 malam tapi jam 8.30 malam lagi ruang perkarangan Dataran Rakyat sudah penuh dan program boleh dimulakan awal pada masa dan ini membuktikan hubungan mereka dan saya masih erat seperti dulu” ujar beliau.



                             Kain Rentang Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri.

Isnin, 10 September 2012

PRU13: UMNO-BN Tumpat ,Sesiapa Pun Calon Kita Undi !

Oleh Mohd Asri Mohd Zain

TUMPAT – Bahang PRU13 kini mula dirasai semakin hampir setelah teka-teki mengenainya menjadi satu polemik panjang sejak hampir setahun lalu dan desas desus mengatakan ia akan diadakan november ini iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha atau selepas para jemaah haji balik ke tanah air.

Lantaran itu ramai yang mempercayai UMNO Tumpat telahpun menyenaraikan ramai nama-nama calon baru untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang kini sedang menjadi spekulasi hangat diFacebook,Twitter,Blog dan dikedai-kedai kopi.

“Beberapa nama-nama baru dan lama serta tokoh muda dan tua itu yang akan mewakili kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipercayai sudahpun dihantar kepada pimpinan tertinggi peringkat negeri dan pusat untuk dipertimbangkan dan penelitian.

“Antara nama-nama yang sedang menjadi bualan yang bakal dipilih mengikut Parlimen dan Dun:-

P19 Parlimen Tumpat:-
1).YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar
2).Prof Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki,Pakar Ekonomi Islam
3).Kadir Yaacub,Pengerusi MTRK Tumpat
4).Datuk Wan Johanis
5).Cik Hussain Che Soh,Pegawai PPD Tumpat
6).Cik Akhbar Cik Ali
7).Zulkarnain Che Zakaria.
8).Sukri Harun.(Bekas Ajk Pemuda dan sekarang Pensyarah OUM)

Dun Pengkalan Kubur :-
1).YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar (Penyandang)
2).Prof Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki.
3).Zulkarnain Che Zakaria.
4).Rasidi Kamalruddin Mahmood

Dun Kelaboran :-
1).Wan Hanapi Wan Yaakob
2). Sukri Harun
3).Datuk Ray (Pensyarah UMK)
4).Kadir Yaacub,Pengerusi MTRK Tumpat.
5).Datuk Wan Johanis
6).Saudara Rozi (dikenali Rozi laut dalam)

Dun Pasir Pekan :-
1).Nik Noriza Nik Salleh.Ketua Wanita Tumpat.
2).Saudara Ikhbal Cik Ali (Cikgu Gebab)
3).Haji Kadir Yaacub,Pengerusi MTRK Tumpat.

Dun Wakaf Bharu :-
1).Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz

Mereka ini semuanya anak-anak tempatan yang tidak asing bagi masyarakat sini.

Antara nama-nama tersebut Prof Dr.Asyraf Wajdi Dusuki paling kencang dan disebut akan dipertaruhkan untuk kerusi DUN Pengkalan Kubor bagi menggantikan jika benar bagai didakwa Datuk Noor Zahidi Omar akan bertukar ke p19 parlimen tumpat.

Manakala Nik Noriza Nik Salleh calon wanita yang paling top dan disebut setakat ini untuk mencabar penyandang kerusi DUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar.

Lewat perkembangan berkaitan, sekiranya benar Noor Zahidi bertukar ke kerusi parlimen, ini bermakna beliau akan berdepan penyandangnya, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dijangka akan dicalonkan bagi mempertahankan kerusi tersebut.namun ada juga yang berandainya laluan untuk capai kemenangan tidak lah sepayah mana seandainya semua jentera dan kepimpinan UMNO bersatu dan berpadu dan lagi pun ramai yang mula bercakap serta sedar 3 penggal Kamalruddin menyandang jawatan ahli parlimen tumpat tanpa melakukan sesuatu dan jarang-jarang balik bertemu masyarakat ditumpat serta Dun-dun yang diwakili Pas telah hilang kepercayaan rakyat.sebagai antara contoh dan bukti Program Ceramah yang dihadiri oleh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas dan Nik Aziz sendiri di Dun Pasir Pekan dan sekitar tumpat telah tidak mendapat sambutan seperti kebiasaan dan lepas-lepas.

Noor Zahidi telah berjaya mengekalkan kemenangannya selama dua penggal berturut-turut di Dun Pengkalan Kubur dan ia merupakan satu-satunya kerusi dimenangi BN dalam Parlimen Tumpat.

Pada PRU 12 2008, beliau menewaskan calon PKR, Hassan Berahim yang baru meninggal dunia awal tahun ini dengan majoriti 87 undi.

Seandainya benar sebagaimana yang dikata,Perubahan Noor Zahidi ke kerusi Parlimen sesungguhnya tidak akan mengundang kejutan, malah barangkali rekod pandai bergaul,peramah,senang didekati,pemurah,bersihnya pasti mampu menjadi momentum untuk beliau merampas kerusi tersebut dari Pas pada PRU13 ini meskipun sejarah pernah mencatatkan pernah tewas di tangan Datuk Kamaruddin Jaafar pada PRU10 dengan majoriti 10,442 undi.

Persoalannya, mampukah Zulkarnain Che Zakaria atau Prof Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki atau Rasidi Kamalruddin Mahmood.mengekalkan rekod kemenangan yang dicapai Noor Zahidi, memandangkan kekuatan serta keserasian dimiliki Noor Zahidi peringkat akar umbi adalah jelas. Dalam erti kata lain beliau telah menepati ciri-ciri calon pilihan rakyat.

Sementara itu, pencalonan Nik Noriza dikatakan akan memberi peluang cerah kepada BN dan UMNO (meskipun dari calon wanita) berdasarkan gerak kerjanya yang dilihat sentiasa konsisten dalam membantu kemantapan parti selama ini.

“Walaupun wanita, namun pilihan itu adalah tepat. Malah dia (Nik Noriza) sememangnya tidak asing dengan masyarakat di sini, dia seorang yang dekat di hati rakyat,” kata sumber berkenaan.

Teka-teki mengenai calon-calon yang bakal bertanding tersebut akan ditentukan oleh pucut pimpinan parti dan bagaimanapun semua penama-penama sepakat sedang bergiat aktif turun padang mendekati rakyat melalui pelbagai aktiviti dan jika sesiapa sahaja calon mereka akan akur.

Dalam pada itu bekas calon bagi DUN Wakaf Bharu, Datuk Haji Mohd. Rosdi Abdul Aziz disebut bakal mewakili BN pada PRU ke-13 nanti.

Pada PRU 2008, Mohd Rosdi tewas kepada calon Pas, Che Abdullah Mat Nawi dengan majoriti tipis sebanyak 660 undi.oleh kerana sesuatu yang tidak dijangka seperti faktor thunami pengundi luar mengundi protes oleh kerana hilang percayaan berkaitan kelemahan pucut pimpinan Abdullah Badawi Perdana Menteri pada masa itu.

Mohd Rosdi dikatakan calon pilihan berikutan sikapnya yang disifatkan masyarakat setempat sebagai mesra rakyat lantaran kecaknaannya yang dilihat sering mengambil berat masalah rakyat di samping sudah lama bertindak turun padang dalam menyelami masalah rakyat.

Seperti DUN Wakaf Bharu disebut sekali lagi bakal mempertaruhkan calon lamanya, iaitu Datuk Haji Mohd Rosdi Ab Aziz bagi berdepan dengan Cik Abdullah Mat Nawi dari Pas.

Pada pilihan raya umum lalu Wan Hanapi Wan Yaakob tersungkur kepada Mohd Zaki dengan majoriti 2,212 undi,jika Mengambil kira rekod antara Mohd. Rosdi dan Wan Hanapi, dari sudut majoriti penggal lalu ternyata Mohd. Rosdi nampaknya mempunyai potensi bagi BN menambahkan kerusi kemenangan melalui PRU13 ini berbanding sesiapa sahaja calon BN yang bakal bertanding di Dun Kelaboran.

Pun begitu, di dalam politik calon konsisten serta beramanah sudah semestinya akan menjadi pilihan rakyat, bukannya calon drastik mempamerkan kemesraan; atau dengan kata lain ingin menambat hati pengundi hanya ketika menjelang pilihan raya atau selepas mendapati namanya dicalonkan...

Penulis mohon maaf jika ada tersilap kata dan membuatkan ada yang tersinggung...
                                                                                  

Tunjuk Jubur Adalah Ekspresi Kebangkitan Anak Muda- Anwar

Ammar yang kurang ajar sebelum ini mempertahankan tindakan beliau kerana beranggapan ia adalah kebebasan bersuara dan hak asasi manusia,dakwanya standart tayangan jubur beliau adalah sama seperti di US,Kenyataan Ammar ini menurut sumber  memang kurang ajar.

Entah secara tiba tiba beliau menukar fikiran apabila sekarang ini cuba meminta maaf..Mungkin budak ini dah makan penampar ayahnya yang begitu malu dengan tindakan anak beliau yang dipengaruhi oleh pakatan.

Berbeza pula dengan pemimpin haprak pakatan,mereka begitu gembira dan menyambut baik tindakan kurang ajar para penyokong mereka .


Anwar dan Hishamudin Rais beranggapan dalam satu perbincangan tertutup pakatan tindakan anak muda seperti Ammar adalah ekspresi kebangkitan golongan muda untuk menentang kerajaan. Mereka menyokong sepenuhnya tindakan sebegini malah memberi galakan agar perkara ini dituruskan.



Ahad, 9 September 2012

KATA-KATA NIK AZIZ YANG MEMUALKAN...

Penduduk tempatan memohon kepada Nik Aziz agar dapat dibina sebuah jambatan bagi kegunaan penduduk apabila muara sungai diperdalam untuk tujuan menyelamat perusahaan ternakan ikan dalam sangkar.

NIK AZIZ jawap : "Takdop pitis (Tak ada peruntukan)"



KATA-KATA NIK AZIZ YANG MEMUALKAN SEMASA KEBETULAN BELIAU MELAWAT KEPANTAI SABAK BAGI MELAWAT SEORANG PENYOKONGNYA YANG MENINGGGAL DUNIA...

Nik Aziz bertanyakan kepada orang kampung:
"Sejak bila benteng penahan ombak ni dibina????"

Jawap orang kampung:
"Dah lama dah...sudah nak siap dah..."

Nik Aziz lalu berkata kepada orang-orang kampung:
"Dam dia buat dulu,hajat kita nak buat jugak"

Lepas tu Nik Aziz bertanya lagi:
"Batu-batu untuk buat benteng tu dia wak masuk kot mana????

Jawap orang-orang kampung:
"Batu-batu tu dibawa masuk dengan lori melalui jalan raya hok sedia ada"

Nik Aziz menyampuk:
"Habis lah punah (rosak) jalan-jalan tu..."

(Gambar-gambar adalah Ilustrasi sahaja).Sumber.

Sabtu, 8 September 2012

DIMANA JANJI BANDAR BARU PENGKALAN KUBUR???..PEMBOHONGAN PAS.

Seawal memerintah negeri Kelantan lebih 5,000 penduduk sekitar Bandar Pengkalan Kubur dekat Tumpat,Kelantan dijanjikan Projek Pembangunan Mega oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan.

Projek ini dinamakan Bandar Baru Pengkalan Kubur kononnya akan dilaksanakan dikawasan 7.200 hektar dengan kos kira-kira RM2.3 billion.


Pengumuman projek yang dianggap terbesar diKelantan itu mengembirakan penduduk yang kira-kira 90% adalah golongan petani dan nelayan.

Mereka mengambarkan kawasan yang selama ini sakit mata memandang tiba-tiba bertukar wajah daripada mundur kepada ceria dan maju.

Mereka menganggarkan jika kerajaan negeri berminat mengambil tanah itu untuk projek yang dimulakan pada ogos 1997 sekurang-kurangnya mereka akan menerima pampasan antara RM50.000 hingga ke RM150.000 setiap hektar.Mereka yang mempunyai anak disekolah menengah pula membuat perkiraan untuk menghantar anak mereka belajar ke Institusi pengajian Tinggi yang bakal diwujubkan dikawasan berkenaan.

Impian semangkin menjadi kenyataan apabila satu Majlis memeterai perjanjian persefahaman (MOU) diadakan antara kerajaan negeri dengan MJS Partners Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat swasta dari pulau pinang disebuah hotel Kota Baru pada 22 Disember 1996.

Turut menyaksikan MoU itu Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat.Beliau diberi taklimat mengenai projek berkenaan yang antara lain mengandungi Pusat Dagangan Islam Antarabangsa,4.000 unit penempatan dalam zon kediaman,kawasan perindustrian,pasar borong,masjid dan institut pengajian tinggi.


Tapak projek itu berhampiran sempanan Kelantan Thailand dan berdekatan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur iaitu pusat beli belah pelancong tempatan dan asing.

Kini lima belas tahun berlalu,projek yang sepatutnya siap sepenuhnya awal atau suku abad ke-21 belum menjadi kenyataan,
manakala tapak kawasan didirikan perbagai bangunan itu masih kekal sedia ada.

Penduduk dikawasan itu kini bukan saj hairan malah tertunggu-tunggu kenyataab kerajaan negeri sama ada projek itu akan diteruskan atau ditangguhkan.

Borang tawaran membeli rumah dikawasan pembangunan itu juga sudah diedarkan merata tempat.Bahkan dijual pada harga RM1 setiap borang kepada penduduk yang berminat membeli rumah teres dikawasan tersebut.

Harga bagi sebuah rumah ditawarkan antara RM35.000 seunit,malah sebahagian dari 5000 penduduk telah pun membeli borang tersebut.Dua syarikat dari Singapura dan Pulau Pinang yang diberi tanggungjawap melakukan kerja menambun tanag dikawasan itu dikatakan telah menarik diri dari menerima tawaran tersebut kerana merasakan telah tertipu.

Bagi petani,perternak dan nelayan pula,mereka menyifatkan kewujudan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa sebagai tapak kerana urusan jual beli segala hasil pertanian dan barang keperluan akan dilaksanakan mengikut kaedah Islam.

Ini dalam sejarah negeri bertamadun,Kelantan dibawah pempinan Pas mempunyai Pusat Dagangan berkonsepkan Islam yang akan menyaksikan urusan jual beli bebas daripada unsur penipuan.

Bagaimanapun,itu semua hanya impian yang pasti rakyat tidak akan mengecapi atau menikmati era pembangunan pesat yang dimaksudkan kerajaan negeri itu.ini kerana pada tahun 2002 Timbalan Menteri Besar,Ab.Halim Ab.Rahman mengumumkan bahawa struktur projek itu diBATALkan.

Kata Abdul Halim,MJS Partners tidak dapat menyediakan wang sebanyak RM2.300 juta untuk melaksanakan projek itu. Menurutnya,Kerajaan negeri bersetuju untuk mmengecilkan keluasan dan mengurangkan kos iaitu daripada 2.700 hektar kepada 174 hektar dengan pembelanjaan sebanyak RM200 juta,namun syarikat tersebut masih gagal melaksanakannya. Tetapi sejak November 1997 hingga Mei 2002, MJ Partners telah memaklumkan kepada kerajaan negeri yang syarikatnya telah mengeluarkan pembelanjaan lebih dari RM12 juta.

Tinjauan mendapati kawasan yang mahu dimajukan oleh syarikat berkenaan masih dipenuhi dengan lalang dan kubang kerbau.jesteru itu adalah tidak logik wang sejumlah lebih kurang RM12 juta digunakan dalam jangka masa lima tahun sedangkan tidak ada apa-apa perubahan berlaku pada kawsasan tersebut.

Seorang penduduk,Mohamad Loman ,50,berkata antara kampung yang dikatakan terbabit dengan projek itu ialah kampung Kebun,Kampung Tanjung,Kampung Serkom dan Kampung Mentua. Beliau hairan kenapa projek yang dijanji sejak tahun 1996 hingga sekarang masih tidak dilaksanakan,beliau mengesyaki ada penyelewengan dalam pembatalan projek itu.

Che Ya Yusoff,49,dari Kampung Serkom bagaimanapun menolak hasrat kerajaan negeri hendak menaik taraf kawasan itu kerana dimaklumkan tiada sebarang pampasan disediakan "Saya menolak tawaran itu kerana syarat ditetapkan tidak meyakinkan untuk menyerahkan tanah. Antara syaratnya saya dikehendaki membaut bayaran bulanan untuk rumah berkenaan.


Dimana saya hendak mendapat wang membayar sewa bulanan,sedangkan pendapatan tenaman tembakau dan padi hanya cukup untuk menampung keluarga? "Tanya beliau.

Pendapat itu disokong oleh Kadir Ismail,68, dari Kampung Tanjung yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran bagi setiap rumah kos rendah yang dijanjikan dibina dibandar itu.Katanya,
Kerajaan negeri sepatutnya membayar pampasan bagi setiap hektar tanah milik penduduk yang diambil bagi untuk melaksanakan projek.

(Cerita ini telah taip dari buku WAHALAL KU WAHARAM MU-Wan Ain Najwa Ramli)