Catatan Popular

Rabu, 12 September 2012

Haji Fauzi Terharu Ribuan Rakyat Dun Tendong hadir Menyambut "Hari Malaysia"...

 Oleh : Mohd Asri Mohd Zain

Tendong (Pasir Mas),11 Sep-Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfri anjuran PERKASA di Dataran Dataran KADA,Tendong,Pasir Mas telah mendapat sambutan luar dugaan dan dijangka lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas yang hadir.

Malam ini Datuk Ibrahim Ali,Ahli Parlimen Pasir Mas mengistiharkan nama Dataran KADA Tendong ditukar kepada "Dataran Rakyat" dan beliau akan berkerjasama dengan Haji Mohd Fauzi Mohammad,Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kubang Sepat bagi membangunkan kawasan itu agar lebih nampak ceria dan mengatur serta merancang perbagai aktiviti untuk rakyat disini.

Majlis bermula kira-kira jam 9.00 malam diPengerusikan oleh Setiausaha PERKASA Kelantan,bermula dengan Doa dan sajak Hari Malaysia dan seterus Ucapan Haji Mohd Fauzi Mohammad serta seterusnya Datuk Paduka Ibrahim Ali,Ahli Parlimen Pasir Mas,Kelantan menyampaikan ucapan.


Antara pengisian program yang diadakan ialah sajak,pantun yang berkaitan patriotik serta ada cabutan bertuah berupa mesim rumput,enjin air,pong racun,talifon bimbit,hamper,10 ekor kambing dan 1 ekor lembu sebagai cabutan utama serta dikir barat kumpulan salam pantai timur,pendi kenali dan lain-lain lagi.

Ketibaan YB Dato' Ibrahim Ali disambut dengan tepukkan gemuruh dan laungan semangat dari rakyat seperti "Hidup Brahim Ali !" "ALLAHUAKBAR !" dan kedengaran juga laungan "Hidup Haji Fauzi !" dari sekitar 2.500 orang penyokong-penyokong dan penduduk setempat yang hadir.ini mengambarkan pengaruh mereka amat kuat dan mejoriti rakyat masih setia kepada mereka diDun Tendong.


Antara isi ucapan Haji Fauzi "Sebuah negara merdeka yang aman dan makmur serta selamat oleh kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu memerintah dan menguruskan negara.kita patut berasa sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini.Selaku rakyat Malaysia yang baik,kita perlu sentiasa mendoakan agar keamanan yang dinikmati ini akan berkekalan selama yang mungkin.Ini kerana keadaan negara yang kucar kacir sememangnya akan menyusahkan kita semua dan mampu menghentikan segala benda yang dirancang mahupun tidak termasuklah impian si kecil."

Serta isi Ucapan Datuk Paduka Ibrahim Ali : "Saya bersyukur sebagai seorang rakyat Malaysia banyak mengajar tentang kehidupan secara bermasyarakat walaupun berbeza bangsa.Malahan,banyak benda istimewa yang ada di Malaysia tiada di luar negara.Walaupun berasa agak cemburu dengan rakan-rakan luar negara maju yang banyak menceritakan tentang negara mereka,keistimewaan negara mereka,apa yang ada disana dan juga cara kehidupan mereka,Malaysia juga apa kurangnya.Malaysia juga mempunyai kekayaan budaya dan keistimewaannya yang tersendiri.Setiap negara mempunyai keunikan masing-masing.
Keamanan,kekayaan budaya dan hasil kemajuan yang kita kecapi pada masa kini kesemuanya bermula dari titik tolak satu anjakan perjuangan yang mengalihkan daripada zaman yang daïf kepada zaman yang memulakan kegemilangan.Titik permulaan kebebasan yang menjadikan kita berdiri diatas kaki sendiri.Titik yang mengandungi peristiwa yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya."

Ujarnya lagi : "Tiada sebab kita hendak menyerahkan negara kita kepada Pakatan Rakyat yang gila kuasa sering menimbulkan suasana yang tidak harmoni dan memecah belah umat islam dinegara kita oleh itu mari kita pastikan Barisan Nasional terus kekal memerintah negara kita.rakyat pasir mas patut bersyukur walaupun ianya masih tidak mencukupi tapi baru-baru ini Datuk Seri Najib telah meluluskan 2 pam air bersih yang berharga rm100.000 ribu bagi setiap satu untuk kegunaan adik kakak dipasir mas..kita patut menukar pertadbiran pas dikelantan,sejak 22 tahun mereka memerintah kelantan rakyat telah menhadapi perbagai masalah dan kesulitan selain tidak mampu menyelesaikan masalah air,masjid,madrasah juga tidak terurus dan kotor serta tidak diurus dengan baik".
 
Turut hadir semua YDP-YDP serta pimpinan PERKASA Negeri Kelantan,Tan Sri Sulaiman bekas Timbalan Kementerian Pertania,Zahari Awang,Che Asmari Ali Ketua Penerangan PERKASA Kelantan,NGO-NGO dan veteran-veteran UMNO.

Namun bagi Haji Mohd Fauzi Mohammad,peluang untuk bertemu muka bersama warga Dun Tendong pada Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Majlis Hari Raya Aidil Fitri di Dataran Kada (Sekarang digelar Dataran Rakyat) di Tendong,Pasir Mas.Kelantan yang telah diadakan pada malam ini amat memberi peluang untuk beliau dan isteri untuk berjumpa dan beramah mesra serta disamping itu juga dapat bermaaf-maafan hari raya dengan lebih ramai masyarakat setempat.

Menurut Haji Fauzi Majlis yang diadakan malam ini telah mendapat sambutan yang amat luar dugaan.” Alhamdulillah,peringkat awal saya bimbang kerana bila saya turun dari rumah untuk hadir kemajlis ini hujan agak lebat tapi apabila sampai ke lokasi majlis,hujan didapati berhenti dan saya tidak menyangka walaupun jemputan program bermula jam 8.45 malam tapi jam 8.30 malam lagi ruang perkarangan Dataran Rakyat sudah penuh dan program boleh dimulakan awal pada masa dan ini membuktikan hubungan mereka dan saya masih erat seperti dulu” ujar beliau.



                             Kain Rentang Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan