Catatan Popular

Selasa, 25 September 2012

Isu Air Bersih: Rakyat Perlu Tukar Kerajaan Pas Kelantan - Ab Kadir Yaacub

TUMPAT – Isu air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan Pas, terus diperjuangkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turun padang segenap pelosok kampung menuntut air bersih.
 
Naib Presiden MTRK Kelantan, Ab Kadir Ya’acub berkata, menjadi tanggungjawab MTRK memperjuangkan hak rakyat Kelantan ini kerana kerajaan Pas tidak berjaya menyelesaikan masalah air bersih tersebut.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu tukar paip air tetapi perlu tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ab Kadir yang juga Ketua MTRK Kawasan Tumpat, berkata demikian sempena sukan rakyat MTRK Tumpat di Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, kelmarin.

Ab Kadir berkata, isu air ini akan terus diperjuangkan MTRK dan akan ke banyak tempat lagi untuk memperjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kegagalan kerajaan Pas bekalkan air bersih.

Sempena sukan rakyat itu, Ab Kadir berkata, ia diadakan untuk menghidupkan semula budaya Melayu seperti dikir barat, silat dan perlumbaan perahu kepada generasi muda sekarang ini.

“Dalam masa yang sama juga, sebagai hiburan kepada Ahli Jawatankuasa MTRK yang penat bekerja memperjuangkan isu air di Kelantan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan Ab Kadir yang dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Turut diadakan pertandingan boling padang, tiup belon, persembahan tomoi, dan pelbagai acara lagi. – (Copy Sinar Harian)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan