Catatan Popular

Isnin, 24 September 2012

Terima Kasih PM ! Butiran Kenyataan Media YAB PM Berhubung Isu Pembayaran Tunai Petroleum

* Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa darisegi perundangan,Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntuk tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

* Pada masa ini,tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan.Oleh itu ,darisegi perundangan,kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

* Kerajaan Persekutuan bagaimanapun sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

* Oleh itu Kerajaan Pusat bersetuju menubuhkan sebuah Jawatan Kuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

* Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara,Tun Abdul Hamid Mohammad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,wakil dari kerajaan pahang,kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

* Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

* Jawatankuasa khas itu akan mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum diPantai Timur Semenanjung Malaysia.

* Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

* Dengan penubuhan Jawatan Kuasa Khas ini,Kerajaan Persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri dipantai timur semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil,telus dan saksama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan