Catatan Popular

Ahad, 16 September 2012

UMNO Jangan Jadi Seperti Empayar Uthmaniah Dan Empayar Kesultanan Melaka – Khairy

Permatang Pauh 16 Sept – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengingatkan agar sejarah kejatuhan empayar Uthmaniah dan empayar kesultanan Melaka tidak berulang dan berlaku terhadap UMNO.

Menurut beliau sejarah dan peristiwa berkenaan perlu dihayati dengan mendalam agar UMNO yang yang telah sekian lama berkhidmat untuk rakyat dan negara menerusi Barisan Nasional (BN) terus mampu bertahan dan membela nasib rakyat.

“Kita tengok empayar Uthmaniah..tumbang bukan kerana kekuatan musuh tetapi kelemahan sendiri. Kesultanan Melaka yang dulunya masyhur dan kuat pada satu masa dahulu tetapi jatuh kerana sikap segelintir mereka yang menjadi ‘si kitol’. Jangan sesekali UMNO mengulangi sejarah empayar Melaka….ada ‘si kitol’  dan Raja Mandalia.

“Pilihan raya akan datang kita tunjukkan kekuatan yang sebenar. Saya sebutkan ini kerana apa…kerana bak kata PM, Datuk Seri Najib Razak pilihan raya kali ini akan menentukan survival BN. Ini akan menentukan masa depan parti kita sama ada parti kita akan terus cemerlang atau tidak.

“Kita sebenarnya berdepan dengan cabaran dan ancaman berbanding masalah dalaman parti. Kita berdepan dengan seorang yang rakus kuasa. Kuasa adalah amatlamat beliau. Beliau sanggup buat apa sahaja,” katanya
.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Permatang di Politeknik Seberang Perai, di sini, hari ini.

Turut serta Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan seluruh barisan kepimpinan UMNO Permatanag Pauh empat peringkat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah beliau bersetuju dengan cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mana-mana yang mengkhianati parti diambil tindakan kerana mereka yang sedemikian rupa tidak diperlukan dalam parti.

“Walaupun UMNO tertubuh 66 tahun dan menjadi parti politik utama di negara ini wajib kita bercakap soal perpaduan. 66 tahun kenapa kita masih cakap soal perpaduan.. Sepatutnya cakap soal masa depan, gerakan kita. Sepatutnya tidak payah cakap lagi soal sabotaj parti.

“Namun kita mahu bantu rakyat….Mahu jaga agama, bangsa dan Negara. . Kita nak   bantu orang Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat di negara ini. Kalau kita tidak menang tidak aka ada maknanya. Musuh utama kita bukannya kuat.. Musuh paling hebat adalah kita sendiri. Kita nak berperang mestilah dengan jentera dan senjata yang kuat dan bukannya senjata kita gunakan untuk bermusuh sesama sendiri.

“Kita ada jawatan tetapi kalah pilihan raya dan tidak adakuasa tidak ada maknanya. Harap kita ingat perkara tersebut. Parti bukan kepentingan individu. Kalau sesiapa jadi calon atas tiket BN itulah calon yang akan kita menangkan,” katanya. – MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan