Catatan Popular

Isnin, 29 Oktober 2012

DAP Boleh DiKategorikan Lebih Teruk Dari “Kafir Harbi”?

Baru-baru ini, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Khairuddin Razali mengeluarkan “fatwa” menyatakan bahawa DAP ditakrifkan sebagai golongan “kafir mua’hid” yang membawa pengertian sebagai golongan “orang bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam”.

Janji apa yang boleh diikat dengan kuffar sedangkan janji itu jelas merugikan dan menjejaskan syiar Islam di negara ini?

Ulama’ “agama PAS” itu menafikan pula bahawa DAP merupakan golongan “kafir harbi” iaitu istilah yang diberikan para ulama Islam di negara ini kepada parti chauvinis ultra kiasu itu.

Katanya, “kafir harbi” membawa maksud “golongan orang bukan Islam yang berada di luar negara umat Islam dan menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam”. Itu pandangan dari Khairuddin…

Itu kata dia. Pandangan itu dilihat dari sudut kaca mata seorang ahli politik yang menyebelahi PAS dan mahu membela DAP yang merupakan rakan sekutu kuatnya. Meskipun DAP dilihat sering memijak PAS, Dewan Ulama PAS tetap mahu membela DAP…

Dewan Ulama PAS terpaksa membela DAP disebabkan politik dan bukan kerana Islam. Jika PAS membela Islam, mungkin PAS sendiri akan “menghalalkan darah” DAP untuk diperangi.
Mujurlah PAS kini sudah “tidur sekatil” dengan DAP. Bayangkan apa yang akan PAS kata kalau PAS masih sendirian seperti dahulu…kan?

Jika diikutkan fatwa terbaru PAS itu, golongan yang boleh dikatakan sebagai “kafir harbi” itu amat sesuai untuk diberikan kepada rejim Yahudi Zionis di Israel yang memerangi dan menzalimi negara Palestin serta umat Islam di sana.

Persoalannya, apa pula istilah bagi golongan bukan Islam yang memerangi dan membantah syiar Islam di dalam sebuah negara Islam?

Bayangkan, orang bukan Islam yang tinggal di dalam sebuah Daulah Islamiyyah dan menentang syiar Islam dari dalam negara itu! Tentulah ia lebih teruk dan lebih merbahaya berbanding “kafir harbi”, bukan?

Kafir Harbi menyerang menggunakan senjata dari luar sesebuah negara Islam. Tapi, “kafir jenis DAP” ini pula menyerang secara halus menggunakan taktik phsycology untuk melemahkan Islam dan umatnya di negara ini!

Mereka ini begitu sesuai  disifatkan sebagai “gunting dalam lipatan” atau “musuh dalam selimut”, dan apakah pula istilah yang layak diberikan kepada golongan yang lebih merbahaya dari golongan “kafir harbi” ini?

Apakah saya boleh menyifatkan DAP sebagai golongan “kafir harbi khafi” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “golongan kafir harbi yang tersembunyi”?

Sungguh pelik dan menghairankan apabila dilihat tentang pendirian PAS di dalam hal ini. Rupa paras PAS yang terkini memperlihatkan keazaman mereka mengejar kuasa politik amat kuat berbanding semangat mengimarah dan mempertahankan syiar Islam di negara ini.

Bayangkan, Daulah Islamiyyah dan perlaksaan hudud yang dulu sangat diimpikan oleh setiap ruh umat Islam di dalam PAS, kini menjadi debu dan diterbangkan angin setelah dipijak lumat oleh puak-puak “kafir harbi khafi” ini…

Begitu lemah dan dhaif sungguh ketegasan iman di hati puak-puak penganut “agama PAS” sehingga sanggup melacurkan perjuangan asal mereka yang mahu tertegaknya Daulah Islamiyyah dan hudud di negara ini hanya kerana sayangkan DAP!

Mungkin kerana itulah maka Allah SWT tidak pernah redha terhadap PAS dan para pemimpinnya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Iman mereka begitu nipis dan IQ mereka begitu rendah sekali untuk melayakkan mereka sebagai pemerintah sesebuah kerajaan Islam.

Bila diajak bersatu bersama UMNO di bawah BN dan bertahaluf siyasi bersama rakan-rakan komponen yang terdiri dari “kafir zimmi”, PAS begitu bongkak dan sombong untuk menolak usul yang bakal menyatu padukan umat Islam di Malaysia itu.

Kini, PAS terus hancur bersama “kafir harbi khafi” serta “agen Yahudi Zionis Israel” yang menenggelamkan parti itu ke tahap paling hina di dalam sejarah politik negara. Entah bilalah PAS dan pemimpinnya akan sedar tentang perkara ini? Wallahua’alam…

Copy :MyKMU.Net

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kelantan Tiada Kuasa Ke Atas Sumber Asli Di Luar Tiga Batu Nautika – Ku Li

KOTA BHARU  - Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan.

Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948.

“Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika. “Selebihnya dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Kalau ada sebarang penemuan sama ada bijih timah atau apa pun juaga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang daripada tiga batu nautika maka dia menjadi hak dan milik Kerajaan Persekutuan seperti ditentukan pada 1948 itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dipetik daripada video yang bertajuk, Tengku Razaleigh 2012- Tunaikanlah Apa Yang Dalam Perjanjian (Royalti) di http://www.youtube.com/watch?v=nM-9q6N_NUO. Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik di laman Youtube oleh Signal On pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Pas mendakwa, mereka berhak mendapat royalti hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh Petronas kerana ia terletak dalam perairan negeri itu.

Perkara itu kemudiannya menjadi polimik yang berpanjangan apa bila pemimpin Pas memainkan sentimen di atas pentas ceramah biarpun ia telah dibawa ke mahkamah untuk diadili.

Kesemua telaga minyak yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan berada lebih 60 batu nautika dari pantai negeri ini. Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga bekas pengerusi Petronas berkata, beliau telah ditugaskan untuk berunding dengan kerajaan Serawak ketika penubuhan awal syarikat tersebut selepas timbul pertikaian.

“Saya telah dikirim oleh Kerajaan Pusat untuk berunding dengan Ketua Menteri Serawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakob dan saya telah berjaya mendapat persetujuan dalam rundingan itu supaya kita menyelesaikan perkara yang dibangkitkan di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Segala-galanya ditentukan dengan persetujuan yang dibuat apabila kita meletak hak masing-masing sama ada pusat dan negeri dalam satu badan yang dinamakan Petronas. “Dengan sokongan kerajaan negeri, Serawak telah mencadangkan juga supaya Petronas yang akan dibentuk ketika itu membayar lima peratus kepada kerajaan Negeri Serawak dan untuk menjaga keseimbangan antara negeri dan pusat, Kerajaan Pusat juga meletak hak minyak mereka dalam Petronas dan mendapat bayaran yang sama iaitu lima peratus,” katanya. Beliau turut meminta supaya berunding dengan setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika itu untuk penubuhan Petronas.- Copy Utusan Malaysia

Perjanjian Lembah Sireh: Kerajaan Kelantan Didesak Jelas Status

Wan Khairul Ehsan Wan Mohamad

KOTA BHARU – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) mendesak kerajaan Pas Kelantan menjelaskan status perjanjian kerajaan itu dengan sebuah syarikat bagi membangunkan kawasan Lembah Sireh hampir sedekad lalu.

Presidennya, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, perjanjian tersebut menuntut syarikat berkenaan memberi sumbangan lebih RM350 juta dalam bentuk pembangunan seperti membina jambatan, masjid, stadium tertutup wanita dan sumbangan kepada tabung perumahan kos rendah.

“Itu maklumat yang kami dapat, sekiranya perjanjian itu terbatal sekali pun, kerajaan harus menjelaskan perjanjian mana yang diguna pakai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada November 2010, kerajaan negeri dilapor akan mengkaji semula perjanjian yang dianggap bermasalah apabila setakat ini pemaju hanya berjaya melaksanakan 50 peratus projek melalui perjanjian tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.
Menurut Ahmad, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pihak pemaju.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri akhir November 2010 tahun lalu Ahmad memaklumkan, Oleh kerana projek tersebut hanya 50 peratus dapat disiapkan, maka ia dianggap sebagai sebuah projek yang bermasalah dan kerajaan sedang membuat kajian untuk mendapatkan pulangan seperti dijanjikan dengan keluasan 50 peratus tanah yang telah ditimbus semula.

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan membabitkan kos kira-kira RM2 bilion.

Pembangunan projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar meliputi jajahan Kota Bharu dan Tumpat.

Antara komponen yang akan dimajukan termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.

Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli-belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke arah bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam.

Copy- RABIATUL ADAWIYAH

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kesultanan Empayar Melaka


Melaka dibuka oleh Maharaja Pameswara (1339 – 1413) pada sekitar tahun 1339 Masehi. Berasal dari sebuah negeri kecil yang kemudiannya menjadi sebuah empayar perdagangan maritim yang masyhur suatu ketika dahulu dan telah tinggal menjadi catatan sejarah pada masa sekarang.
Empayar Melaka hanya bertahan selama 172 tahun sahaja sebelum ianya jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511. Empayar ini berfungsi lebih mirip kepada corak pentadbiran Empayar Sri Wijaya jika dilihat dari segi penguasaannya terhadap negeri-negeri yang berada di sekeliling Semenanjung Tanah Melayu. Ianya bertujuan supaya perairan Selat Melaka sentiasa terkawal dari ancaman yang merupakan laluan utama perdagangan antara dunia timur dan barat.


Apabila terbentuk sahaja Kerajaan Melaka, Maharaja China di bawah pemerintahan Dinasti Ming (1368 – 1644), telah beberapa kali menghantar rombongan sebagai tanda persahabatan dengan Melaka. Begitu juga Maharaja Parameswara telah mengadakan kunjungan balas ke China menemui Maharaja China dan dikatakan baginda pernah berada di sana selama 3 bulan sebelum pulang semula ke Melaka. Hubungan akrab ini diteruskan oleh kedua-dua pemerintah kerajaan yang menggantikan mereka kemudiannya, sehinggalah kejatuhan Melaka.
Hubungan Melaka dengan China terus akrab, bukan sahaja menerusi hubungan dagangan bahkan menerusi ikatan perkahwinan. Selain itu, semasa era pemerintahan Dinasti Ming, Islam telah tersebar dengan meluas di China. Maharaja Dinasti Ming serta pembesar mereka juga dikatakan ramai yang beragama Islam. Selain mempunyai hubungan rapat dengan Melaka, Dinasti Ming juga mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Melayu lain yang wujud di zamannya. Semasa perang Champa dan Vietnam, Dinasti Ming adalah pelindung kepada Kerajaan Champa dan sering bertindak balas apabila Vietnam menyerang Champa. 
 
Ada pun keturunan Kesultanan Melaka ini dikatakan berasal dari Palembang yang mempunyai titihan darah keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Parsi kuno. Iskandar Zulkarnain tersebut diceritakan di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Kahfi. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa Iskandar Zulkarnain itu bukan sahaja seorang raja, tetapi seorang yang dianugarahkan Allah SWT dengan mukjizat kenabian. Walau bagaimana pun, baginda bukanlah termasuk di dalam kalangan Rasul. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa Iskandar Zulkarnain tersebut bukanlah Alexander the Great seperti dakwaan sarjana barat. Alexander the Great tersebut tidak menepati ciri-ciri Iskandar Zulkarnain seperti yang nyatakan di dalam Al-Quran, bahkan banyak sifat-sifat Alexander bertentangan dengannya.
Nenek moyang Kesultanan Melaka bernama Sang Sapurba atau juga dikenali sebagai Nila Pahlawan, merupakan keturunan Betara Tribuwana yang berundur ke Palembang apabila menerima asakan daripada Kerajaan Siam Ayuthia. Betara Tribuana tersebut ialah Maharaja Sri Wijaya, Srimant Trailokyaraja Mauli Bhusana Dewavarman (1183 – 1233). Putera baginda, Maharaja Suran adalah Maharaja Jawaka-Palembang (1233 – 1253) yang kemudiannya menurunkan zuriat raja-raja termasuk Kesultanan Melaka.
Sultan Melaka yang kedua menaiki tahta setelah kemangkatan Maharaja Parameswara ialah Sultan Iskandar Shah (1413 – 1423), yang merupakan putera bongsu Maharaja Parameswara. Sultan Iskandar Shah dikatakan memeluk agama Islam ketika berusia 72 tahun. Baginda mangkat pada penghujung tahun 1423 dan digantikan pula oleh cucunda baginda, Sultan Muhammad Shah (1423 – 1444). Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah pula, Melaka diperintah oleh putera ketiga baginda, Sultan Ibrahim Dewa Shah atau Abu Shahid (1444 – 1445) yang hanya memerintah selama 1 tahun 8 bulan sahaja kerana mangkat dibunuh.
Kemangkatan Sultan Ibrahim Dewa Shah digantikan pula oleh putera bongsu Sultan Muhammad Shah, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445 – 1459) yang juga adinda Sultan Ibrahim Dewa Shah. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka telah diserang oleh Kerajaan Siam Ayuthia sebanyak dua kali. Namun kedua-dua serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh Kerajaan Melaka menyebabkan tentera Siam Ayuthia pulang dengan kekalahan yang teruk.
Pada tahun 1459, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat dan ditabal pula putera baginda, Sultan Mansur Shah I (1459 – 1477) menjadi Sultan Melaka. Pemerintahan Sultan Mansur Shah I adalah antara yang cemerlang di dalam sejarah Empayar Melaka. Di bawah pimpinan baginda, Melaka berjaya merebut negeri Pahang daripada taklukan Raja Ligor (Melayu-Siam) serta mengahwini puteri Gabenor Ligor bernama Puteri Wanang Sri Lela Wangsa.  Menerusi perkahwinan tersebut, Sultan Mansur Shah I dikurniakan beberapa orang putera yang kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Daripada keturunan Sultan Mahmud Shah I dan Puteri Wanang Sri Lela Wangsa telah melahirkan keturunan Kesultanan Pahang Purba.
Selain negeri Pahang, Sultan Melaka tersebut juga berjaya menakluk Lingga dan Kepulauan Riau. Ianya sebagai langkah pertama baginda untuk memastikan perairan Selat Melaka terselamat daripada ancaman pihak luar disamping aktiviti perlanunan di kepulauan tersebut.
Pada tahun 1465, Kerajaan Siam Ayuthia telah menakluk Empayar Chermin-Langkasuka serta menjarah ibu kotanya. Sebagai tindakbalas atas penaklukan tersebut, Sultan Mansur Shah I telah menitahkan Laksamana Hang Tuah, Tun Mutahir serta dibantu oleh Laksamana Bentan Wan Demali. Turut menyertai angkatan tersebut ialah tentera dari Pasai (Acheh) telah sama-sama melakukan serangan balas yang diketuai oleh Sayyid Ali Nurul Alam (Patih Arya Gajah Mada). Serangan angkatan Melayu-Islam tersebut bukan sahaja telah berjaya menghalau keluar tentera Siam Ayuthia dari Tanah Melayu, tetapi serangan berkenaan telah melemahkan pasukan tentera Siam Ayuthia yang akhirnya diambil kesempat oleh Kerajaan Burma untuk menakluk kerajaan tersebut.
Sultan Mansur Shah I telah mangkat dalam tahun  1488 dan digantikan oleh putera kedua baginda, Sultan Mahmud Shah I (1488 – 1511). Baginda Sultan Mahmud Shah I adalah Sultan Melaka terakhir yang juga pengasas kepada Kesultanan Johor purba.  Selain itu, putera kedua baginda, Sultan Muzaffar Shah  adalah pengasas Kesultanan Perak purba.
Pemerintahan Sultan Mansur Shah I sebagai Sultan Melaka telah berjaya menundukkan negeri Kelantan, Perak dan Pasai serta menjadikan negeri-negeri berkenaan berada di bawah naungan Empayar Melaka. Baginda juga berjaya menangkis usaha-usaha daripada Kerajaan Jawa dan Siam untuk menjatuhkan Empayar Melaka.  Dalam tahun 1509, Sultan Mansur Shah I telah berjaya mematahkan serangan Raja Ligor untuk menyerang kerajaan baginda. Bagaimana pun, setelah berlaku pengkhianatan dari kalangan pembesar istana, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis dalam tahun 1511. Sultan Mansur Shah I kemudiannya berundur ke Johor dan menubuhkan pusat pemerintahan baginda di sana.
 

Setelah kejatuhan Melaka, maka berakhirlah pemerintahan sebuah Empayar Melayu terakhir dari keturunan Raja-Raja Sri Wijaya. Setelah penguasaan asing dari Eropah menakluk Melaka, maka sedikit demi sedikit jatidiri Melayu terhakis sehinggalah paling teruk seluruh Semenanjung Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris. Bangsa Melayu telah dicaturkan dan akhirnya bangsa ini lebih berbangga dengan bangsa asing benbanding dengan sejarah bangsa mereka sendiri. Hari ini negeri Melaka lebih berbangga dengan monument tinggalan penjajah seolah-olah mereka ingin memberitahu dunia “lihat negeri kami yang berjaya dijajah” menerusi kebanggaan mereka memulihara tinggalan penjajah. 
 
 

Selasa, 9 Oktober 2012

Hudud:Nik Aziz, Hadi Diminta Beri Penjelasan


MACHANG – Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Wan Ismail Wan Ahmad menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan pelaksanaan hukum hudud Pas membelakangi Al-Quran dan Hadis.

Beliau berkata, penjelasan mengenai perkara tersebut perlu dengan mendakwa perjuangan Pas kini yang dilihat membelakangi dasar perjuangan asal parti termasuk bersekongkol dengan parti bukan Islam.
“Kedua-dua mereka juga diminta dedahkan ayat Al-Quran yang menjelaskan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan bukannya seluruh rakyat termasuk bukan Islam.

“Perkara seumpama ini tidak boleh dijelaskan mengikut pandangan peribadi atau pendapat sebaliknya berlandaskan nas dalam Al-Quran dan Hadis atau dibincangkan dalam mesyuarat sebelum dijelaskan kepada orang ramai bagi meyakinkan rakyat,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekiranya ia tidak berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, beliau  menganggap dakwaan bahawa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat DunKelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam adalah benar.

Wan Ismail dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah yang menjelaskan Kerajaan Kelantan mempertahankan hukum hudud yang ingin dilaksanakan dengan menegaskan dasar perjuangan parti masih kekal walaupun bekerjasama dengan parti bukan Islam.

-disunting dari (Detik Perubahan)

PKR-Ketuanan Melayu Wajib DiTinggalkan

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri" dakwa Wan Azizah pada 27 November 2010 dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Dakwa Wan Azizah "Ketuanan Melayu" digunakan oleh manusia yang rasuah, korup dan pecah amanah. PKR menggunakan alasan korupsi untuk menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu dan menafikan orang Melayu sebagai "tuan" di tanah Melayu ini.

Siapa Melayu yang bergelar "tuan" di tanah Melayu ini sebenarnya? Tentulah Raja Melayu. Meminta agar terma tersebut dimansuhkan adalah satu penghinaan kepada institusi Kesultanan Melayu. PKR nampaknya telah dipengaruhi oleh DAP untuk menggunakan teknik Revolusi China 1911 yang mana menumbangkan Dinasti Qing di China. Korupsi dijadikan alasan untuk gulingkan kerajaan beraja di China dulu, sama seperti apa yang mahu dibuat oleh PKR dan DAP di negara ini, cara revolusi.


Sehari sebelumnya pada 27 November 2010, dalam temubual bersama dengan Sin Chew Daily Anwar berkata seandainya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" demikian tajuk wawancara Anwar bersama dengan Sin Chew Daily. Mengapa Anwar tidak mahu pilih Timbalan Perdana Menteri dari PAS? Sudah terserlah niat Anwar hendak menipu PAS dan memilih DAP sebagai rakan yang lebih dipercayai berbanding PAS.

Anwar pernah berkata "Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan satu kaum seperti yang diamalkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang lain. Saya tidak nampak pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang (DAP) berjuang dan bekerjasama dengan orang-orang Melayu". Demikian ucapan Anwar ketika merasmikan Lapangan Terbang Sibu pada 17 April 1995. Dulu Anwar kata Kit Siang dan DAP parti yang rasis, kini selepas 15 tahun Anwar hendak melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cara politik Anwar seperti "the end justify the means", sanggup menggadaikan hak bangsa sendiri semata-mata untuk cita-cita peribadi. PAS pun sanggup diketepikan bila ketamakkan menguasai diri. Inilah The Prince sebenar yang dimaksudkan oleh Machiavelli..

Isnin, 8 Oktober 2012

PAS Rampas Tanah Rakyat

Lebih 30,000 hektar tanah rakyat di Hulu Kelantan telah dirampas oleh kerajaan PAS negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu. Tanah yang diusahakan oleh rakyat telah diambil untuk projek ladang rakyat yang hanya menguntungkan kroni PAS. Syarikat luar yang memajak tanah sehingga 99 tahun telah diberikan keutamaan berbanding rakyat tempatan yang sudah membayar wang deposit untuk memproses geran tanah. Taukeh balak kaya raya, orang kampung dirampas tanahnya.

1 November 2010, ketika pilihan raya Galas tinggal tiga hari lagi, Datuk Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) mahu memberikan dua ekar tanah kepada orang asli di Galas. Isu royalti minyak senyap terus di Galas. PAS makin tertekan untuk mengekalkan kerusi Galas. Lebih tertekan bila Piala Malaysia yang dimenangi adalah hasil teraju orang-orang UMNO di Kelantan. Tanah yang dulunya dirampas mula diberikan semula untuk tagih undi hanya di Galas. Inilah polisi kluk klek PAS di Kelantan. Terdesak mahu undi, rasuah pun sudah dihalalkan.

Khamis, 4 Oktober 2012

Polis Kelantan Yakin Dapat Berkas Suspek Tetak Warga Emas

KOTA BHARU: Polis Kelantan yakin dapat memberkas tiga pencuri kabel yang menetak seorang warga emas dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Slow Teliar, Tumpat, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiapkan lakaran fotofit ketiga-tiga suspek itu dan yakin identiti mereka akan dikenal pasti tidak lama lagi.

"Polis akan cuba dapatkan maklumat daripada orang tempatan kerana kita percaya bahawa penjenayah itu adalah orang tempatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Dalam kejadian itu, Abdul Kadir Talib, 61, cedera ditetak di lengan kiri selepas menyergah tiga lelaki yang cuba mencuri kabel telefon di kampung tersebut.
Akibat tetakan itu, Abdul Kadir menerima tujuh jahitan.

Mazlan berkata, pihaknya bercadang untuk memberi penghargaan kepada Abdul Kadir yang juga seorang pengawal keselamatan atas tindakan beraninya itu.

"Kita minta orang ramai yang ada maklumat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis," katanya. - (COPY BERNAMA)