Catatan Popular

Isnin, 29 Oktober 2012

DAP Boleh DiKategorikan Lebih Teruk Dari “Kafir Harbi”?

Baru-baru ini, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Khairuddin Razali mengeluarkan “fatwa” menyatakan bahawa DAP ditakrifkan sebagai golongan “kafir mua’hid” yang membawa pengertian sebagai golongan “orang bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam”.

Janji apa yang boleh diikat dengan kuffar sedangkan janji itu jelas merugikan dan menjejaskan syiar Islam di negara ini?

Ulama’ “agama PAS” itu menafikan pula bahawa DAP merupakan golongan “kafir harbi” iaitu istilah yang diberikan para ulama Islam di negara ini kepada parti chauvinis ultra kiasu itu.

Katanya, “kafir harbi” membawa maksud “golongan orang bukan Islam yang berada di luar negara umat Islam dan menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam”. Itu pandangan dari Khairuddin…

Itu kata dia. Pandangan itu dilihat dari sudut kaca mata seorang ahli politik yang menyebelahi PAS dan mahu membela DAP yang merupakan rakan sekutu kuatnya. Meskipun DAP dilihat sering memijak PAS, Dewan Ulama PAS tetap mahu membela DAP…

Dewan Ulama PAS terpaksa membela DAP disebabkan politik dan bukan kerana Islam. Jika PAS membela Islam, mungkin PAS sendiri akan “menghalalkan darah” DAP untuk diperangi.
Mujurlah PAS kini sudah “tidur sekatil” dengan DAP. Bayangkan apa yang akan PAS kata kalau PAS masih sendirian seperti dahulu…kan?

Jika diikutkan fatwa terbaru PAS itu, golongan yang boleh dikatakan sebagai “kafir harbi” itu amat sesuai untuk diberikan kepada rejim Yahudi Zionis di Israel yang memerangi dan menzalimi negara Palestin serta umat Islam di sana.

Persoalannya, apa pula istilah bagi golongan bukan Islam yang memerangi dan membantah syiar Islam di dalam sebuah negara Islam?

Bayangkan, orang bukan Islam yang tinggal di dalam sebuah Daulah Islamiyyah dan menentang syiar Islam dari dalam negara itu! Tentulah ia lebih teruk dan lebih merbahaya berbanding “kafir harbi”, bukan?

Kafir Harbi menyerang menggunakan senjata dari luar sesebuah negara Islam. Tapi, “kafir jenis DAP” ini pula menyerang secara halus menggunakan taktik phsycology untuk melemahkan Islam dan umatnya di negara ini!

Mereka ini begitu sesuai  disifatkan sebagai “gunting dalam lipatan” atau “musuh dalam selimut”, dan apakah pula istilah yang layak diberikan kepada golongan yang lebih merbahaya dari golongan “kafir harbi” ini?

Apakah saya boleh menyifatkan DAP sebagai golongan “kafir harbi khafi” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “golongan kafir harbi yang tersembunyi”?

Sungguh pelik dan menghairankan apabila dilihat tentang pendirian PAS di dalam hal ini. Rupa paras PAS yang terkini memperlihatkan keazaman mereka mengejar kuasa politik amat kuat berbanding semangat mengimarah dan mempertahankan syiar Islam di negara ini.

Bayangkan, Daulah Islamiyyah dan perlaksaan hudud yang dulu sangat diimpikan oleh setiap ruh umat Islam di dalam PAS, kini menjadi debu dan diterbangkan angin setelah dipijak lumat oleh puak-puak “kafir harbi khafi” ini…

Begitu lemah dan dhaif sungguh ketegasan iman di hati puak-puak penganut “agama PAS” sehingga sanggup melacurkan perjuangan asal mereka yang mahu tertegaknya Daulah Islamiyyah dan hudud di negara ini hanya kerana sayangkan DAP!

Mungkin kerana itulah maka Allah SWT tidak pernah redha terhadap PAS dan para pemimpinnya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Iman mereka begitu nipis dan IQ mereka begitu rendah sekali untuk melayakkan mereka sebagai pemerintah sesebuah kerajaan Islam.

Bila diajak bersatu bersama UMNO di bawah BN dan bertahaluf siyasi bersama rakan-rakan komponen yang terdiri dari “kafir zimmi”, PAS begitu bongkak dan sombong untuk menolak usul yang bakal menyatu padukan umat Islam di Malaysia itu.

Kini, PAS terus hancur bersama “kafir harbi khafi” serta “agen Yahudi Zionis Israel” yang menenggelamkan parti itu ke tahap paling hina di dalam sejarah politik negara. Entah bilalah PAS dan pemimpinnya akan sedar tentang perkara ini? Wallahua’alam…

Copy :MyKMU.Net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan