Catatan Popular

Selasa, 9 Oktober 2012

Hudud:Nik Aziz, Hadi Diminta Beri Penjelasan


MACHANG – Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Wan Ismail Wan Ahmad menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan pelaksanaan hukum hudud Pas membelakangi Al-Quran dan Hadis.

Beliau berkata, penjelasan mengenai perkara tersebut perlu dengan mendakwa perjuangan Pas kini yang dilihat membelakangi dasar perjuangan asal parti termasuk bersekongkol dengan parti bukan Islam.
“Kedua-dua mereka juga diminta dedahkan ayat Al-Quran yang menjelaskan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan bukannya seluruh rakyat termasuk bukan Islam.

“Perkara seumpama ini tidak boleh dijelaskan mengikut pandangan peribadi atau pendapat sebaliknya berlandaskan nas dalam Al-Quran dan Hadis atau dibincangkan dalam mesyuarat sebelum dijelaskan kepada orang ramai bagi meyakinkan rakyat,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekiranya ia tidak berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, beliau  menganggap dakwaan bahawa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat DunKelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam adalah benar.

Wan Ismail dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah yang menjelaskan Kerajaan Kelantan mempertahankan hukum hudud yang ingin dilaksanakan dengan menegaskan dasar perjuangan parti masih kekal walaupun bekerjasama dengan parti bukan Islam.

-disunting dari (Detik Perubahan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan