Catatan Popular

Sabtu, 13 Oktober 2012

Perjanjian Lembah Sireh: Kerajaan Kelantan Didesak Jelas Status

Wan Khairul Ehsan Wan Mohamad

KOTA BHARU – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) mendesak kerajaan Pas Kelantan menjelaskan status perjanjian kerajaan itu dengan sebuah syarikat bagi membangunkan kawasan Lembah Sireh hampir sedekad lalu.

Presidennya, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, perjanjian tersebut menuntut syarikat berkenaan memberi sumbangan lebih RM350 juta dalam bentuk pembangunan seperti membina jambatan, masjid, stadium tertutup wanita dan sumbangan kepada tabung perumahan kos rendah.

“Itu maklumat yang kami dapat, sekiranya perjanjian itu terbatal sekali pun, kerajaan harus menjelaskan perjanjian mana yang diguna pakai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada November 2010, kerajaan negeri dilapor akan mengkaji semula perjanjian yang dianggap bermasalah apabila setakat ini pemaju hanya berjaya melaksanakan 50 peratus projek melalui perjanjian tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.
Menurut Ahmad, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pihak pemaju.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri akhir November 2010 tahun lalu Ahmad memaklumkan, Oleh kerana projek tersebut hanya 50 peratus dapat disiapkan, maka ia dianggap sebagai sebuah projek yang bermasalah dan kerajaan sedang membuat kajian untuk mendapatkan pulangan seperti dijanjikan dengan keluasan 50 peratus tanah yang telah ditimbus semula.

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan membabitkan kos kira-kira RM2 bilion.

Pembangunan projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar meliputi jajahan Kota Bharu dan Tumpat.

Antara komponen yang akan dimajukan termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.

Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli-belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke arah bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam.

Copy- RABIATUL ADAWIYAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan