Catatan Popular

Selasa, 9 Oktober 2012

PKR-Ketuanan Melayu Wajib DiTinggalkan

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri" dakwa Wan Azizah pada 27 November 2010 dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Dakwa Wan Azizah "Ketuanan Melayu" digunakan oleh manusia yang rasuah, korup dan pecah amanah. PKR menggunakan alasan korupsi untuk menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu dan menafikan orang Melayu sebagai "tuan" di tanah Melayu ini.

Siapa Melayu yang bergelar "tuan" di tanah Melayu ini sebenarnya? Tentulah Raja Melayu. Meminta agar terma tersebut dimansuhkan adalah satu penghinaan kepada institusi Kesultanan Melayu. PKR nampaknya telah dipengaruhi oleh DAP untuk menggunakan teknik Revolusi China 1911 yang mana menumbangkan Dinasti Qing di China. Korupsi dijadikan alasan untuk gulingkan kerajaan beraja di China dulu, sama seperti apa yang mahu dibuat oleh PKR dan DAP di negara ini, cara revolusi.


Sehari sebelumnya pada 27 November 2010, dalam temubual bersama dengan Sin Chew Daily Anwar berkata seandainya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" demikian tajuk wawancara Anwar bersama dengan Sin Chew Daily. Mengapa Anwar tidak mahu pilih Timbalan Perdana Menteri dari PAS? Sudah terserlah niat Anwar hendak menipu PAS dan memilih DAP sebagai rakan yang lebih dipercayai berbanding PAS.

Anwar pernah berkata "Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan satu kaum seperti yang diamalkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang lain. Saya tidak nampak pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang (DAP) berjuang dan bekerjasama dengan orang-orang Melayu". Demikian ucapan Anwar ketika merasmikan Lapangan Terbang Sibu pada 17 April 1995. Dulu Anwar kata Kit Siang dan DAP parti yang rasis, kini selepas 15 tahun Anwar hendak melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cara politik Anwar seperti "the end justify the means", sanggup menggadaikan hak bangsa sendiri semata-mata untuk cita-cita peribadi. PAS pun sanggup diketepikan bila ketamakkan menguasai diri. Inilah The Prince sebenar yang dimaksudkan oleh Machiavelli..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan