Catatan Popular

Khamis, 4 Oktober 2012

Polis Kelantan Yakin Dapat Berkas Suspek Tetak Warga Emas

KOTA BHARU: Polis Kelantan yakin dapat memberkas tiga pencuri kabel yang menetak seorang warga emas dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Slow Teliar, Tumpat, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiapkan lakaran fotofit ketiga-tiga suspek itu dan yakin identiti mereka akan dikenal pasti tidak lama lagi.

"Polis akan cuba dapatkan maklumat daripada orang tempatan kerana kita percaya bahawa penjenayah itu adalah orang tempatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Dalam kejadian itu, Abdul Kadir Talib, 61, cedera ditetak di lengan kiri selepas menyergah tiga lelaki yang cuba mencuri kabel telefon di kampung tersebut.
Akibat tetakan itu, Abdul Kadir menerima tujuh jahitan.

Mazlan berkata, pihaknya bercadang untuk memberi penghargaan kepada Abdul Kadir yang juga seorang pengawal keselamatan atas tindakan beraninya itu.

"Kita minta orang ramai yang ada maklumat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis," katanya. - (COPY BERNAMA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan