Catatan Popular

Selasa, 27 November 2012

PERISTIWA MEMALI YANG PERLU KITA KETAHUI KEADAAN SEBENARNYA.

2. Sept. 1984 Sejarah Hitam Dan Permulaan Sejarah Pas Perosak Akidah Dan Perpecahan Umat Islam !

Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) Bukan Mati Syahid ! Kepimpinan Pas Nik Aziz

Dan Hadi Awang ! Telah Membunuhnya Terlebih Dahulu Akal Dan hatinya Telah Dimatikan ! Demi Perjuangkan Parti Ajaran Sesat (PAS)

Mamali: Semuanya Salah Pemimpin PAS

SATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.

Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.

Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.
 
Pada tahun 1978 – lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 – kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani – Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.

Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.

Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.

Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.

Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.
Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Baru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.
 
Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai ‘rosak’ setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.
Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.

Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.

Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.
Diringkaskan cerita, setelah seharian ‘peperangan’ antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah… Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu ‘pelaburan’ berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.
 
Copy : Oren Hairi

Rabu, 21 November 2012

DOA "ANJING NERAKA" VS DOA "PARA RASUL & NABI"

Apakah perbezaan antara "Doa Anjing Neraka" Tidak dimakbulkan oleh Tuhan???..
(Anjing Neraka bertaukeykan DAP & PKR suka menyalak,berdoa hapuskan UMNO & BN)
Dan Apakah menyebabkan "Doa Para Rasul dan Para Nabi" dimakbulkan oleh Tuhan???..


Orang Melayu UMNO,Kaum Bumiputra dan Komponen BN jangan khuatir dan jangan bimbang tentang DOA dari Anjing Neraka atau Puak Khawarij ini.

Mereka sudah berdoa lebih 50 thn utk menjahanamkan UMNO/BN...doa hanya tinggal doa...tak kemana pun doa itu!!!..

UMNO BN masih kuat, hidup dan masih menjadi tulang belakang,menjadi tonggak dan masih memerentah Malaysia selama 55thn dan seterusnya.

Yang jahanam dan rosak hati ialah Hadi Awang dan konco-konconya Puak Khawarij. Dimana telah hilang kuasa di Terengganu. Begitu juga Si tua bangkai ini Nik Aziz pernah mendoakan perut PM Najib pecah???...

Dengan kuasa dan rahmat Tuhan perut PM Najib tak pernah buncit dan pecah!!!!... Hujungnya si Tua Bangkai ni nyaris jadi bangkai berehat beberapa kali di hospital.

Bila doa dia tak dimakbulkan oleh Tuhan minta pulak adiknya Nik Razi...seekor lagi Anjing Neraka berdoa di Stadium Sultan Muhamad IV, berdoa utk menghancurkan UMNO orang Melayu Islam(BN) dgn penuh emosi,rasa kianat dan dengki kerana tak dapat duduk di kerusi empuk Putrajaya.Dulu orang kuat PAS Allahyarham Datuk Fadhil Nor nak lelong nak jual Putrajaya kononnya membazir duit rakyat. Sekarang ni PAS Anjing Neraka gila meroyan nak gi Putrajaya.

Hadi Awang(Anjing Neraka) kata " Mendoakan utk menghancurkan UMNO & BN tak salah". Si Tua Bangkai ini Nik Aziz bersabda " Tak salah dalam Al-Quran ada sebut Nabi Nuh a.s berdoa untuk kehancuran ".

Mereka juga pernah membuat sembahyang hajat(solat petunjuk) di serata Malaysia termasuk juga depan Kaabah, mintak Tuhan selamatkan DSAI dari di penjarakan... kononnya tidak bersalah. Bila Allah telah bagi berbagai2 petunjuk secara fizikal, video,CCTv,CD dan pelbagai lagi keputusannya DSAI akhirnya didapati bersalah dipenjarakan. Puak Khawarij ini tak mahu percaya dan menolak petunjuk Tuhan. Bagi mereka video,CCTv dan CD termasuk unit Forensik Polis tidak boleh menjadi SAKSI... Mereka lebih percaya dan akan lebih percaya mendapat petunjuk daripada "IBLIS" laknatullah.

Orang yg paling berani sekali dalam dunia ini ialah orang yg berani mengaku salah kepada Tuhan,bukannya mengaku salah kepada rakyat Malaysia...Mengaku salah kepada rakyat Malaysia nak buat apa???...

Datuk Zulkifli Nordin berkata dalam Utusan Malaysia selasa 20 Nov 2012.
"Solat hajat PAS banyak beri petunjuk mengenai DSAI "...Terima kasih Datuk kerana anda adalah individu yg sangat berani dlm dunia ini,berani mengaku salah utk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan!!! Katanya,beliau salah seorang yg terlibat secara langsung mengaturkan program solat hajat sehingga satu tahap pernah menganjurkan solat hajat dihadapan Kaabah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran berhubung segala dakwaan terhadap DSAI.

Memang benar Allah berfirman dalam Al-Quran memusnahkan Qarun, Firaun, Namrud, Abu Lahab dan Kaum Lut. Apakah yg menyebabkan doa puak "Anjing Neraka" tidak dimakbulkan oleh Allah sampai ke hari ini ???..Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka lebih percaya mendapat petunjuk daripada "IBLIS" bukannya petunjuk dari Allah SWT!!!.

Berbeza dengan doa Para Rasul dan Para Nabi yg mendapat perentah terus dari Allah SWT untuk mendoakan sesuatu atas kehendak dan izin Allah SWT jua.
Manusia memerlukan Tuhan sebaliknya Tuhan tidak memerlukan manusia.

Binasanya Kaum Lut,Namrud,Firaun,Abu Lahab dan Qarun bukan kerana mereka menentang Allah SWT, sebaliknya mereka dibinasakan kerana mereka mendustakan menentang "PARA RASUL dan PARA NABI" tersebut.

Jika sekiranya pada abad ke-21 ini orang ini... puak ini... Puak Khawarij sudah berdoa 22thn tanpa rasa jemu dan letih diangkat oleh Allah SWT menjadi "Rasul atau Nabi Zaman Moden"...nescaya orang Melayu, UMNO, BN dan negara Malaysia sudah lama ditelan bumi seperti yg berlaku kepada Kaum Nabi Lut.

Sekarang di Malaysia terdapat Kaum LUT....Parti PAS yg paling kuat menyokong LGBT. Adakah anda tidak takut ditelan bumi???...

Nasib baik orang UMNO, saya dan anda rakyat Malaysia biasa ,walaupun bukan katogeri ulamak Hafis Quran sentiasa mendoakan agar orang Melayu keseluruhannya rakyat Malaysia dan negara ini.... SELAMAT,AMAN,MAKMUR & SEJAHTERA...Tidak seperti Anjing Neraka ini yg sentiasa berikhtiar mencari jalan bagaimana utk menjahanamkan negara ini MALAYSIA.

Anda Rakyat Malaysia!!!... Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan,bertawaduk dan berzuhud dengan rendah hati nescaya Allah SWT tidak akan "KIV DOA ANDA" seperti mana Allah SWT "KIV DOA ANJING NERAKA".

SIAPA BERANI MENANG!!!.
 
Copy ( Taufiq Hashim)

Sabtu, 3 November 2012

DAJJAL vS AL MAHDI

Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.


Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.
 
Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.
Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.
Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.
Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.
Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.
  • Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara? Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?
  1. Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.
  2. Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?
  3. Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).
  4. Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!
  • Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.
  1. Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.
  2. Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).
  3. Sifat sahabat pula adalah siddiqin
  4. Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.
  5. Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.
Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.


Wasiat
Anak Angkat Ustaz Hanafi