Catatan Popular

Selasa, 18 Disember 2012

Angin Perubahan DiKalangan Rakyat Negeri Kelantan

Tulisan: Mohd Asri Mohd Zain
 
Angin perubahan dikalangan rakyat negeri Kelantan sememangnya telah membuak-buak hanya menunggu masa semboyan Pilihan Raya Umum ke 13 dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meniup wiselnya. 

Bagaimanapun rata-rata pemimpin masyarakat setempat berpendapat pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu menumpukan pada pemilihan calon yang benar-benar 'winnerable candidate' dan disenangi rakyat setempat.

Menurut mereka yang ditemui mengharapkan sangat Datuk Seri Mustapa boleh mempastikan calon berwibawa ditonjolkan, membuat 'roadshow' ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berbincang dari hati ke hati dengan pemimpin UMNO Bahagian empat peringkat bagi memberi mandat supaya perpaduan dapat dihayati demi kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Tilik Pikir yang hadir dalam dalam banyak perjumpaan pemimpin-pemimpin masyarakat, UMNO dan sahabat-sahabat dengan Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz,Penyelaras Dun Wakaf Bharu dalam kawasan Parlimen Tumpat mendapat pandangan positif.

Datuk Hj Mohd Rosdi yang ditemui memberitahu rakyat Kelantan sememangnya sudah mahu menerima semula BN tetapi eleman penting dalam PRU kali ini adalah saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menekankan 'winnerable candidate' dan mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat setempat serta dikenali sekurang-kurangnya dikalangan ahli-ahli UMNO.

“Saya mahu melihat BN menang besar di Kelantan khususnya di kawasan Parlimen Tumpat, saya mahu membantu pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tumpat merampas semua DUN-DUN di sini,” katanya.

Mengulas soal calon, Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz (gambar) berkata, “itu hak Datuk Haji Noor zahidi (Ketua UMNO Bahagian Tumpat) selaku pucuk pimpinan yang dipilih oleh kita sebagai ahli UMNO menentukan dan diperbincangkan dengan Datuk Pa”.

“Saya sebagai perjuang parti mahu membantu pimpinan UMNO Tumpat memenangkan semua kerusi DUN Pasir Pekan, DUN Wakaf Bharu, DUN Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubor dan Parlimen Tumpat,” katanya.

Ahli UMNO Bahagian Tumpat Saudara Zulfikri berkata, “perpaduan dalaman parti adalah asas utama untuk BN menang dalam PRU akan datang kerana sekiranya masih ada lagi cantas mencantas sebab tidak setuju dengan calon pilihan parti, sampai bila pun kita tidak akan menang.”

Katanya, “ianya bukan sahaja di kawasan Tumpat sahaja malah seluruh negeri Kelantan, ianya perlu ditangani oleh pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Kelantan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian”.

Setiausaha PDM Kebakat Nazri Omar berpendapat langkah-langkah tegas amat perlu diambil oleh Datuk Pa selaku pemimpin UMNO Negeri ini dan sekarang adalah masa kecederaan.


“Kami sebenarnya begitu mengharapkan sentuhan Datuk Pa untuk menyuntik semangat dan menentukan halatuju sebaik mungkin bagi menghadapi PRU kali ini, jangan biarkan kami berada dalam kegelisahan, Datuk Pa mesti turun berjumpa dan memberi mandat,” tambahnya.

Nakhieuddin Noor (gambar bawah) berkata, “saya berkeyakinan UMNO/BN Tumpat akan menang besar sekiranya perpaduan dalaman parti itu terus diperkukuhkan melalui usaha berbaik sangka pucuk pimpinan UMNO dengan rantaian ahli-ahli di akar umbi.”


Menurut Nakhieuddin Noor, “pemimpin atasan UMNO di Tumpat perlu mengenepikan soal titik bengit, persepsi buruk sesama sendiri dan salah sangka terhadap aktiviti memartabatkan parti demi kelangsungan perjuangan UMNO”.

“Kita mesti bekerja bersama-sama, kita mesti memikirkan kemenangan parti dahulu dalam PRU ini, soal pemilihan dalaman parti tidak seharusnya dibangkitkan sekarang kerana ianya akan membawa perpecahan semata-mata.”

Dalam perjumpaan dengan pemimpin, jentera parti dan sahabat-sahabat di DUN Wakaf Bharu malam Sabtu diMajlis Ceramah Kelompok diKg Bukit, Datuk Haji Mohd Rosdi ketika memberi ucapan menegaskan semua pihak harus merapatkan saf bersama pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tumpat dan mengekalkan perpaduan demi kemenangan.

Menurutnya, “pucuk pimpinan UMNO (Datuk Seri Najib) akhirnya akan melaksanakan tanggungjawabnya memuktamatkan calon-calon maka peranan kita sebagai jentera parti adalah bekerja bersungguh-sungguh untuk menangkan BN sekiranya kita sayangkan Datuk Seri Najib sebagai pemimpin kita.”

“Di Tumpat, Datuk Noorzahidi adalah pemimpin yang mesti diberi kemenangan besar dalam PRU kali ini sekiranya beliau terus diberi peluang bertanding di kerusi DUN mahupun Parlimen,” tambahnya.

Dalam Parlimen Tumpat terdapat sekitar 91,642 pengundi berdaftar dengan empat kawasan DUN. 

Mengikut pecahan DUN Pasir Pekan terdapat 24,563 pengundi, DUN Wakaf Bharu mempunyai 23,194 pengundi, DUN Kelaboran terdapat 20,296 pengundi dan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 23,589 pengundi.


 Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz hadiri satu Majlis Kenduri

Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz Bersembang sekejap untuk bertanya khabar kaum ibu

Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz dalam satu Majlis Warga Emas
Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz bergambar kenangan bersama anak-anak perantauan
 Dato Haji Mohd Rosdi Ab Aziz dalam satu Program Assyura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan