Catatan Popular

Khamis, 25 Julai 2013

MENGULA-GULAKAN AGAMA (HUDUD) DEMI UNDI

HUDUD dari segi bahasa bermakna HAD atau BATASAN...
untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke lembah kehinaan mengikut kehendak iblis HENDAKLAH kita MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN diri sendiri terlebih dahulu.

Bagaimana hendak buat hukum hudud sekira diri sendiri pun tidak dapat MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN dari melakukan pembohongan dengan memperolok-olokkan agama????

Sebagai contohnya sejarah membuktikan satu parti (yang kononnya memperjuangkan islam) telah menggula-gulakan agama (hudud) demi undi... Kalau pemimpin parti tersebut sendiri pun tidak dapat MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN dari melakukan pembohongan... Tiada makna bagi diri untuk menegakkan "hukum hudud" seperti yang dicanangnya...


Bila jadi PEMBOHONG maknanya MUNAFIK.. bila jadi MUNAFIK, macam mana Junjungan Mulia s.a.w hendak menerima sebagai umat atau pengikutnya??? Sebab baginda s.a.w sendiri membawa sifat SIDDIQ iaitu benar... selain AMANAH, TABLIGH (menyampaikan) dan FATHONAH (bijaksana)...

Dan ingatlah kata-kata Allah yang dilalukan kepada Junjungan Mulia s.a.w...

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan MELAMPAUI BATAS - BATAS SYARIAT-NYA, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina". (An-Nisaa' :14)

Dan firman Allah;

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Maaidah :38)

Kebanyakkan ahli fekah (bukan dari nusantara) mengambil tafsiran secara "literally' kata-kata Allah Taala ini akan maksud "potong" ini... padahal dalam al quraan ada ayat Mutasyabihah (samar-samar/kiasan) dan ayat Mukammah (terang-terangan)..

Ayat di atas adalah satu di antara ayat Mutasyabihah... apa yang dimaksudkan "potonglah tangan..."???

seperti mana kata-kata yang popular... "Jodoh, Ajal dan Maut adalah di tangan Allah.." Adakah Allah mempunyai tangan sepertimana manusia yang bersifat?? tentu sekali TIDAK!!! Seandainya kita memtasydiqkan walau sedetik di hati maknanya SYIRIK (dosa yang tidak di ampunkan seandainya tidak sebenar-benar taubat)..

Maknanya tangan adalah KUASA.. Makna ayat popular di atas,
''Jodoh, Ajal dan Maut ketentuannya pada 'kuasa' Allah..''

Berbalik pada makna ''potonglah tangan'' dalam surah Al-Maaidah (38), hendaklah MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN kuasa pada mereka yang mencuri dengan sewajarnya seperti dipenjarakan atau dipasung (sebagai pengajaran) dan BATASKAN atau HADKAN atau HUDUDKAN pemikiran si pencuri dengan memberi bimbingan atau didikan seperti yang di syariatkan oleh agama islam.

Lihatlah seseorang pencuri yang telah dipenjarakan.. kuasa iaitu tangannya dibataskan/dihadkan/dihududkan pergerakkannya.. Seandainya si pencuri dipotong tangannya..??? Apa akan jadi??? Apa fungsi tangan bagi dirinya?? Bagaimana ikhtiarnya untuk hidup (bekerja/berusaha) bila ia keluar dari penjara..??? Tilik dan Fikir...

Sejarah membuktikan, hukum hudud seperti yang ditafsir oleh ahli fekah (bukan dari nusantara) telah dilaksanakan di Kandahar oleh puak Taliban.. Maka bala telah mengenai puak Taliban ini, di mana ia telah diserang dan ditakluk oleh Askar Kuffar USA (tahun 2001).

Ini terjadi kerana perbuatan mereka yang MELAMPAUI BATAS (memotong tangan kerana tafsir quraan secara literally) dan secara automatiknya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (kasih sayang) telah diangkat dari bumi Kandahar. Maka terjadilah musibah.

Dari peristiwa ini dapat disimpulkan, Seandainya sesuatu masyarakat telah melakukan kezaliman atau melakukan perkara yang melampaui batas, Allah akan mengutuskan dari kalangan musuh - musuh kamu sendiri yang tanpa gerun akan memerangi kamu. Dan kamu termasuklah orang yang menzalimi diri sendiri lantaran kejahilan dalam mencari diri sendiri.

Mahukah perkara seperti ini berlaku di Tanah Melayu yang berdaulat ini???

HUDUD = HAD = BATASAN...
ISLAM = SEJAHTERA = MEMBAWA KASIH SAYANG = TIADA KEZALIMAN = TIADA PERKARA MELAMPAUI BATAS

Kesimpulannya, HUDUD yang dicanang oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam dan berlabelkan islam adalah retorik semata-mata demi kelangsungan dan kepentingan politik.. Dan ini adalah pembohongan yang besar kepada masyarakat islam Tanah Melayu hingga membawa kepada perpecahan...

Sabda Junjungan Mulia s.a.w..
"Ulamak jahat (yang menjual agama kerana perut) terlebih dahulu masuk neraka jahanam dari kafir penyembah berhala..."

Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.

 " Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

-perumpaan di atas bermaksud Orang Islam yang khianati Agama Islam.. Orang Melayu lah yang khianat bangsa Melayu.. Awasilah orang yang sifatnya seperti kapak... Umpama api dalam sekam dan gunting dalam lipatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan