Catatan Popular

Sabtu, 6 Julai 2013

Pusat hiburan di Selangor akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan - Khalid


Tahun sebelum ini, Khalid kata pusat pusat hiburan boleh beroperasi seperti biasa dalam bulan Ramadan, bagaimana pula dengan tahun ini 2013?

Pusat hiburan di Selangor akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini, namun pengusahanya perlu menghormati umat Islam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang tidak menghalang orang bukan Islam menganjurkan aktiviti hiburan sepanjang Ramadan.

NONE"Bulan Ramadan adalah bulan ibadat bagi umat Islam, jadi semua aktiviti hiburan perlu mengambil kira hal ini," Petikannya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Budaya Kerja Islam Dalam Konteks Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Sektor Korporat, di Shah Alam.

Abdul Khalid (gambar) berkata pada masa yang sama orang bukan Islam juga dijemput memeriahkan bulan Ramadan seperti menyertai majlis berbuka puasa.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini dilapor berkata agensi itu tidak ada kuasa untuk mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi pada bulan Ramadan.

Sebaliknya, Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan di negeri itu, yang juga pengeluar lesen.

Persoalannya dulu menuduh pertadbiran UMNO Jahil dan perbagai gelaran diberi akan tetapi sekarang??..dimana hasil kejayaan tarbiah Pas bersama PR dan apa kebanggaan sejak Pas bersama-sama PR diSelangor..cuba lapangkan dada,dan cuba berTILIK PIKIR....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan