Catatan Popular

Ahad, 3 November 2013

Datuk Ramli Yussuf Bekas Ketua JSJK Saman RM128.5 Juta

Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 11 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.

Beliau turut menamakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, Ketua Pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, Ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta kerajaan sebagai defendan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan