Catatan Popular

Ahad, 3 November 2013

Datuk Ramli Yussuf Bekas Ketua JSJK Saman RM128.5 Juta

Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 11 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.

Beliau turut menamakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, Ketua Pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, Ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta kerajaan sebagai defendan.

Khamis, 25 Julai 2013

MENGULA-GULAKAN AGAMA (HUDUD) DEMI UNDI

HUDUD dari segi bahasa bermakna HAD atau BATASAN...
untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke lembah kehinaan mengikut kehendak iblis HENDAKLAH kita MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN diri sendiri terlebih dahulu.

Bagaimana hendak buat hukum hudud sekira diri sendiri pun tidak dapat MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN dari melakukan pembohongan dengan memperolok-olokkan agama????

Sebagai contohnya sejarah membuktikan satu parti (yang kononnya memperjuangkan islam) telah menggula-gulakan agama (hudud) demi undi... Kalau pemimpin parti tersebut sendiri pun tidak dapat MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN dari melakukan pembohongan... Tiada makna bagi diri untuk menegakkan "hukum hudud" seperti yang dicanangnya...


Bila jadi PEMBOHONG maknanya MUNAFIK.. bila jadi MUNAFIK, macam mana Junjungan Mulia s.a.w hendak menerima sebagai umat atau pengikutnya??? Sebab baginda s.a.w sendiri membawa sifat SIDDIQ iaitu benar... selain AMANAH, TABLIGH (menyampaikan) dan FATHONAH (bijaksana)...

Dan ingatlah kata-kata Allah yang dilalukan kepada Junjungan Mulia s.a.w...

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan MELAMPAUI BATAS - BATAS SYARIAT-NYA, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina". (An-Nisaa' :14)

Dan firman Allah;

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Maaidah :38)

Kebanyakkan ahli fekah (bukan dari nusantara) mengambil tafsiran secara "literally' kata-kata Allah Taala ini akan maksud "potong" ini... padahal dalam al quraan ada ayat Mutasyabihah (samar-samar/kiasan) dan ayat Mukammah (terang-terangan)..

Ayat di atas adalah satu di antara ayat Mutasyabihah... apa yang dimaksudkan "potonglah tangan..."???

seperti mana kata-kata yang popular... "Jodoh, Ajal dan Maut adalah di tangan Allah.." Adakah Allah mempunyai tangan sepertimana manusia yang bersifat?? tentu sekali TIDAK!!! Seandainya kita memtasydiqkan walau sedetik di hati maknanya SYIRIK (dosa yang tidak di ampunkan seandainya tidak sebenar-benar taubat)..

Maknanya tangan adalah KUASA.. Makna ayat popular di atas,
''Jodoh, Ajal dan Maut ketentuannya pada 'kuasa' Allah..''

Berbalik pada makna ''potonglah tangan'' dalam surah Al-Maaidah (38), hendaklah MEMBATASKAN atau MENGHADKAN atau MENGHUDUDKAN kuasa pada mereka yang mencuri dengan sewajarnya seperti dipenjarakan atau dipasung (sebagai pengajaran) dan BATASKAN atau HADKAN atau HUDUDKAN pemikiran si pencuri dengan memberi bimbingan atau didikan seperti yang di syariatkan oleh agama islam.

Lihatlah seseorang pencuri yang telah dipenjarakan.. kuasa iaitu tangannya dibataskan/dihadkan/dihududkan pergerakkannya.. Seandainya si pencuri dipotong tangannya..??? Apa akan jadi??? Apa fungsi tangan bagi dirinya?? Bagaimana ikhtiarnya untuk hidup (bekerja/berusaha) bila ia keluar dari penjara..??? Tilik dan Fikir...

Sejarah membuktikan, hukum hudud seperti yang ditafsir oleh ahli fekah (bukan dari nusantara) telah dilaksanakan di Kandahar oleh puak Taliban.. Maka bala telah mengenai puak Taliban ini, di mana ia telah diserang dan ditakluk oleh Askar Kuffar USA (tahun 2001).

Ini terjadi kerana perbuatan mereka yang MELAMPAUI BATAS (memotong tangan kerana tafsir quraan secara literally) dan secara automatiknya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (kasih sayang) telah diangkat dari bumi Kandahar. Maka terjadilah musibah.

Dari peristiwa ini dapat disimpulkan, Seandainya sesuatu masyarakat telah melakukan kezaliman atau melakukan perkara yang melampaui batas, Allah akan mengutuskan dari kalangan musuh - musuh kamu sendiri yang tanpa gerun akan memerangi kamu. Dan kamu termasuklah orang yang menzalimi diri sendiri lantaran kejahilan dalam mencari diri sendiri.

Mahukah perkara seperti ini berlaku di Tanah Melayu yang berdaulat ini???

HUDUD = HAD = BATASAN...
ISLAM = SEJAHTERA = MEMBAWA KASIH SAYANG = TIADA KEZALIMAN = TIADA PERKARA MELAMPAUI BATAS

Kesimpulannya, HUDUD yang dicanang oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam dan berlabelkan islam adalah retorik semata-mata demi kelangsungan dan kepentingan politik.. Dan ini adalah pembohongan yang besar kepada masyarakat islam Tanah Melayu hingga membawa kepada perpecahan...

Sabda Junjungan Mulia s.a.w..
"Ulamak jahat (yang menjual agama kerana perut) terlebih dahulu masuk neraka jahanam dari kafir penyembah berhala..."

Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.

 " Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

-perumpaan di atas bermaksud Orang Islam yang khianati Agama Islam.. Orang Melayu lah yang khianat bangsa Melayu.. Awasilah orang yang sifatnya seperti kapak... Umpama api dalam sekam dan gunting dalam lipatan...

Sabtu, 6 Julai 2013

Pusat hiburan di Selangor akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan - Khalid


Tahun sebelum ini, Khalid kata pusat pusat hiburan boleh beroperasi seperti biasa dalam bulan Ramadan, bagaimana pula dengan tahun ini 2013?

Pusat hiburan di Selangor akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini, namun pengusahanya perlu menghormati umat Islam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang tidak menghalang orang bukan Islam menganjurkan aktiviti hiburan sepanjang Ramadan.

NONE"Bulan Ramadan adalah bulan ibadat bagi umat Islam, jadi semua aktiviti hiburan perlu mengambil kira hal ini," Petikannya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Budaya Kerja Islam Dalam Konteks Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Sektor Korporat, di Shah Alam.

Abdul Khalid (gambar) berkata pada masa yang sama orang bukan Islam juga dijemput memeriahkan bulan Ramadan seperti menyertai majlis berbuka puasa.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini dilapor berkata agensi itu tidak ada kuasa untuk mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi pada bulan Ramadan.

Sebaliknya, Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan di negeri itu, yang juga pengeluar lesen.

Persoalannya dulu menuduh pertadbiran UMNO Jahil dan perbagai gelaran diberi akan tetapi sekarang??..dimana hasil kejayaan tarbiah Pas bersama PR dan apa kebanggaan sejak Pas bersama-sama PR diSelangor..cuba lapangkan dada,dan cuba berTILIK PIKIR....

Jumaat, 5 Julai 2013

ISU PENUTUPAN JONKER WALK, MELAKA.

Penulis: Taufiq Hashim.

PERTAMA sekali saya ingin mengatakan dan menyetujui apa tindakan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas keberanian menutup Jonker Walk ini.

KERANA tempat ini merupakan sarang bagi sindiket - sindiket cina melakukan pelbagai kegiatan jenayah seperti kongsi gelap, penyeludupan, pelacuran, perjudian dan sebagainya sepertimana Jalan Petaling, Bukit Bintang, Brickfield dan mana - mana China Town (bandar cina).

SEKARANG majoriti kaum cina sudah pandai menentang kerajaan dan kini mereka tiada wakil pun dalam kerajaan. Dan ini lah masanya Ketua Menteri Melaka, Polis (Unit D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat), KDN, Majlis Perbandaran, Kastam Diraja dan Imegresen menyerbu membenteras tempat-tempat sindiket-sindiket cina ini selama 24 jam sehari.

SEANDAINYA kegiatan tidak bermoral di kawasan tersebut seperti di atas dibanteras, Kita akan tengok pada siapa kongsi - kongsi gelap cina atau sindiket - sindiket ini hendak mengadu????

JIKA sebelum ini mereka boleh mengadu dengan orang politik dari kaum mereka sendiri (bukan semua) iaitu ahli parlimen atau wakil rakyat dari kalangan kaum mereka... Kini???

UNTUK pengetahuan umum. Orang politik dari kalangan kaum merekalah yang "back-up"" segala perbuatan sindiket haram (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas) yang di manopoli oleh kaum-kaum cina ini di seluruh Malaysia. Mereka menjadi kaya-raya kerana kegiatan haram (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas), di samping mendapat perlindungan dari ahli parlimen atau ahli politik yg berkuasa di tempat-tempat mereka bertapak.

BUKTINYA bila Lim Kit Siang sendiri telah diundang untuk menghadiri perhimpunan membantah penutupan Jonker Walk yang dianjurkan oleh kaum cina. Anehnya, kenapa sebelum ini mereka - mereka ini mebantah pembinaan Jonker Walk???

SAYA percaya seandainya pihak-pihak berkuasa (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas) mengunakan kuasa mereka secara maksimum menyerbu membenteras 24 jam tempat-tempat (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas).

NESCAYA peniaga-peniaga cina yang terbabit dengan sindiket haram (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas) akan lari pindah malam meninggalkan Tanah Melayu ini jika bisnes halal dan haramnya akan rugi.

INI kerana tidak siapa lagi yang boleh melindungi sindiket haram (seperti yang disebutkan dalam perenggan di atas) mereka.

KEPADA siapa mereka akan mengadu??? sama ada mengadu dengan Lim Guan Eng??? Lim Kit Siang??? Karpal Singh??? Anwar Ibrahim??? apa yang mereka ini boleh buat???

JIKA sebelum ini di Pulau Pinang kerajaan Cina DAP boleh meruntuhkan premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar Ramadhan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undang-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka? Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu sahaj, tetapi tidak terhadap kaum Cina????

UNTUK pengetahuan umum kuasa politik negara secara realitinya telah dipegang oleh Bumiputera Islam dengan UMNO sebanyak 88 kerusi di Parlimen.

BANTERAS KONGSI GELAP, PERJUDIAN, PENYELUDUPAN, PERLACURAN DI BERTAPAK DAN BERSARANG DI KAWASAN CHINA TOWN...!!!!
- INI KALI LAH -

Ahad, 10 Mac 2013

SULTAN SULU SEBENAR TONJOLKAN DIRI

Filipina – Seorang lagi Sultan Sulu tampil dengan beberapa wakilnya menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenar.Beberapa wakil Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza kelmarin mendakwa beliau ialah Sultan Sulu sebenar kerana berasal daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu, Jamalul Alam.

Menurut dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer, wakil-wakil Badaruddin cuba menyakinkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III supaya mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai 2012.Pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta bantuannya bagi tujuan yang sama.

Seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki berusia 74 tahun itu Arturo Sampana berkata, Badaruddin ialah anak keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk Mohammad Bataraza.Ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah dari 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri.Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya.

Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam.”Menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang memerintah,” kata Sampana.

Pada 12 Februari lalu, adik Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram membawa sejumlah pengikut bersenjata memasuki Sabah untuk menuntut negeri di Malaysia Timur itu sebagai milik Kesultanan Sulu. – Agensi / Kosmo

Khamis, 21 Februari 2013

Penerima BR1M Umpama Binatang- Nik Aziz

KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.





Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
 
 Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. 

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. 

Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). 

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. 

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250. 

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Sumber: Utusan

Rabu, 16 Januari 2013

Belia Wakaf Bharu Tiada Tempat Riadah

Wakaf Bharu – Taswadi Harun wakil Belia Wakaf Bharu minta pihak berkenaan tampil membaik pulih kemudahan padang awam dibelakang Bangunan MDT,Wakaf Bharu, dekat sini bagi membolehkan pelbagai aktiviti sukan dapat dijayakan.

Menurutnya, bagi setiap aktiviti sukan dan sesi riadah petang yang mahu dilakukan belia dan remaja di sini, mereka terpaksa menumpang padang sekolah rendah berdekatan.

“Sudah sekian lama kemudahan itu rosak dan terbiar menyebabkan kami tiada tempat yang sesuai untuk bersukan. Menumpang padang sekolah juga mengundang kesulitan kerana secara tidak langsung, aktiviti riadah petang belia di sini dikhuatiri akan mengganggu aktiviti sekolah.

“Kami amat mengharapkan kepimpinan setempat khasnya Cik Abdullah Mat Nawi selaku wakil rakyat Wakaf Bharu,Tumpat atau Datuk Kamaruddin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat agar tampil membantu menyelesaikan masalah ini berikutan kemudahan padang ini amat diperlukan,” katanya.

Sementara itu, rakannya Nakhieuddin Noor pula berkata, kami di sini tidak mengetahui status sebenar mengapa kemudahan padang dan gelanggang dibiarkan rosak tanpa dibaik pulih.

Menurutnya, padang sedia ada berlopak selain tidak rata dan terlalu semak sekali gus tidak selamat untuk digunakan ekoran berisiko mengundang kecederaan.

“Menurutnya, kami turut mengajukan masalah itu kepada kepimpinan peringkat kampung namun seperti tiada maklum balas ekoran keadaan padang tetap rosak tanpa dibaik pulih.

“Kami amat berharap agar kemudahan awam ini dibaik pulih bagi membolehkan masa lapang belia dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah,” katanya.


 Penulis:Mohd Asri Mohd Zain