Catatan Popular

Rabu, 18 Julai 2012

IMAN DIFITNAH,KEBAKAT WAKAF BAHRU.

KAMPUNG KEBAKAT – “Saya difitnah pecah amanah,” luah bekas imam tua Masjid Mukim Kebakat, Mohd Bustaman Sulaiman @ Harun, 43.

Mohd Bustaman mendakwa, disebabkan fitnah itu menyebabkan perkhidmatannya sebagai imam tua di masjid tersebut ditamatkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tanpa sebab empat bulan lalu.

Menurutnya, fitnah yang mengatakan dia pecah amanah duit tabung masjid terkandung dalam surat bertarikh 23 Ogos 2010 dihantar kepada Maik oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, di dalam surat itu juga ada mendesak Maik agar melucutkan jawatannya sebagai imam tua di Masjid Mukim Kebakat.

“Salinan surat tersebut ada dengan saya sekarang ini, ia ditulis seseorang dan disertakan 18 tandatangan sokongan AJK masjid bersama beberapa jemaah masjid.

“Yang saya kesalkan orang yang menulis surat tersebut sanggup menggunakan penipuan bagi mendapatkan tandatangan sokongan di surat itu,” katanya.

Mohd Bustaman berkata, penipuan itu terbongkar selepas salinan surat tersebut jatuh ke tangannya dan selepas surat itu dibaca AJK dan jemaah yang menurunkan tandatangan sokongan di surat tersebut, mereka menyedari kedudukan sebenar.

“AJK dan jemaah yang menandatangani surat itu sebenarnya tidak tahu isi kandungannya kerana mereka dimaklumkan memerlukan tandatangan sokongan di atas helaian kosong atas dasar menegur dan menasihati saya lebih banyak berjemaah bersama anak mukim di masjid dan teguran atas kelewatan saya hadiri majlis tahlil,” katanya.

Berikutan itu, AJK dan jemaah yang menandatangani surat tersebut membuat penafian semula dengan menghantar satu surat kepada Maik bertarikh 12 Oktober 2011 selepas mengetahui kedudukan sebenar.

Mohd Bustaman berkata, dia mengharap agar Maik menyiasat dengan telus perkara ini dan mempertimbangkan semula rayuannya untuk menjawat semula jawatan imam tua di masjid tersebut.

“Saya berani bersumpah saya tidak pernah pecah amanah menyalahgunakan duit tabung masjid, itu satu fitnah kepada saya.

“Saya berharap Maik pertimbangkan rayuan saya, surat rayuan bertarikh 9 Disember tahun lalu sudah dihantar ke Maik, lagi pun saya telah menjadi imam di masjid ini sudah 15 tahun,” katanya.

Sebelum ini  Jemaah Masjid Kebakat menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik segera imam baru bagi menggantikan tugas Imam Tua, Mohammad Bustaman@Awang, 43, yang ditamatkan perkhidmatannya empat bulan lalu.

Berikutan ketiadaan imam di masjid ini, setiap kali solat Jumaat diimamkan Khatib undangan manakala imam untuk solat lima waktu oleh imam sukarela, Mohd Syukri Ab Ghani.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kebakat, Omar Din Bon berkata, ketiadaan imam di masjid memberi impak besar kepada jemaah dan penduduk di sini termasuk urusan akad nikah, tahlil mahupun urusan pengebumian jenazah.

“Banyak urusan yang memerlukan khidmat imam berdepan dengan kesulitan, selain imam tua ditamatkan perkhidmatan oleh Maik, Imam Muda Che Soh pula meletak jawatan.

“Setiap kali solat lima waktu berjemaah di masjid ini, kami diimamkan Mohd Syukri,” katanya.

Menurutnya, memandangkan Mohd Syukri banyak mengambil alih tugas sebagai Imam, dia layak untuk mengisi kekosongan jawatan imam tua di masjid ini.

“Kami jemaah di masjid ini berharap Maik mempertimbangkan usul ini kerana selagi tiada imam di sini, penduduk di sini menghadapi kesukaran terutama berkaitan dengan urusan fardu kifayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Omar Din berkata, kekosongan jawatan Imam selama empat bulan itu satu jangka masa yang lama dan ia perlu diselesaikan segera oleh Maik.- Disunting dari Sinar Harian

Khamis, 12 Julai 2012

Soal Jawab : Tuduhan Zina Mengikut Hukum Ta’zir




Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg menamakan dirinya dengan shahmy.. rentetan daripada entry “Saksi Rakaman Video Kes Zina“..

ustaz, setahu saya didalam undang² islam tidak hanya terdiri daripada hudud semata²..dalam islam ada hudud/diyat/ta’zir betul tak?

apa pandangan ustaz tentang hukuman kesalahan mukazimah zina? eg: berkhalwat/cumbuan/berpelukan?

bukankah mereka boleh dikenakan hukuman ta’zir?

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”
Apa pandangan ustaz?

Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.
Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina. Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq
Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..
Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..

Sabtu, 7 Julai 2012

PEMBERIAN PERSEKUTUAN & HASIL NEGERI (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (6).


 HATI GAJAH SAMA DILAPAH,HATI KUMAN SAMA DICECAH

Disebalik usaha menyembunyikan kegagalan menjana hasil baru,pimpinan PAS Kelantan sering melemparkan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah mengutip hasil cukai tinggi didalam Negeri Kelantan melalui agensi-agensinya.lantas berlaku zalim dengan tidak mengembalikan pulangan kewangan yang setimpal berbanding dengan hasil cukai yang dipungut diKelantan.



Kutipan hasil persekutuan dari agensi pusat iaitu Kastam DiRaja Malaysia,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembanga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diKelantan antara 2008-2011 adalah didalam lingkungan RM300 juta hingga ke RM450 juta setahun.ini adalah amat rendah jika dibandingkan dengan sumbangan tahunan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada Negeri Kelantan.

Pada tahun 2011,kutipan keseluruhan hasil persekutuan lebih kurang RM434 juta tetapi sumbangan persekutuan bagi 2011 adalah seperti berikut,

(i) Pemberian kepada Negeri Kelantan RM368 juta (Dibawah peruntukan perbendaharaan).

(ii) Anggaran peruntukan pembangunan kepada Negeri Kelantan RM1.3 Billion.

Selain daripada itu Kerajaan Persekutuan juga telah membelanjakan sebanyak hampir RM6 Billion diKelantan dibawah peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Projek Rancangan Malaysia ke 9.

Berikut adalah ringkasan sumbangan keseluruhan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan semenjak 2006.

(i) Pemberian & bantuan kewangan persekutuan RM1.6 Billion.

(ii). Pinjaman Persekutuan RM 1.7 Billion.

(iii). Projek bekalan air RM326.3 juta.

(iv) Perbelanjaan mengurus kementerian dan agensi Persekutuan (dari 2007) diKelantan RM 13.8 Billion.

(v) Perbelanjaan pembangunan kementerian dn agensi Persekutuan (dari 2007) diKelantan RM 5.8 Billion.


Kutipan hasil Persekutuan diKelantan adalah amat rendah jika diukur dari potensi Negeri kelantan sebagai antara pintu masuk ke Negara Malaysia

Kelantan berpotensi menarik bukan sahaja pelancong tenpatan tetapi pelancong asing kerana selain dari kaya dengan seni budaya yang tinggi ia juga mempunyai tapak-tapak bersejarah dan pra sejarah.

Bagaimana kutipan hasil persekutuan menerusi lembaga Hasil Dalam Negeri (Cukai Langsung) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Cukai Tidak Langsung) adalah terendah diMalaysia.

Pembandingan jumlah Cukai Langsung mengikut negeri bagi 2011 (Rujuk Carta 5.1) menunjukan kutipan diKelantan kutipan diKelantan adalah kedua tercorot selepas perlis dengan hanya 0.32% atau RM274 juta.Negeri-negeri lain seperti Terengganu mencatat kutipan yang lebih besar dengan menyumbang 0.44% Kedah dan Negeri Sembilan pula menyumbang 0.86% manakala Melaka menyumbang 1.02% atau RM 879 juta.

Kutipan Cukai Tidak Langsung pula Kelantan adalah yang paling tercorot dengan hanya antara RM29 juta ke RM37 juta setahun.

Tahun 2011 kutipan diKelantan hanyalah RM48 juta atau hanya 0.16% berbanding dengan Perlis 0.32%.Melaka dengan saiznya jauh lebih kecil dari Kelantan mencatatkan kutipan setinggi 3.54%  atau RM 1 Billion.Kutipan diPahang 2.89%,Negeri Sembilan 2.63%,Kedah 2,89%,Terengganu 2,21% dan Sabah 1.48%.


Walaupun kutipan hasil Persekutuan diKelantan amat rendah,Barisan Nasional tidak pernah menjadikan itu alasan untuk mengurangkan bantuan apalagi mengabaikan kesejahteraan dah kualiti hidup rakyat Kelantan.

Kadang kala ini menimbulkan rungutan dikalangan Kerajaan Negeri lain yang menyumbang hasil lebih tinggi kepada Persekutuan.

Walaupun sudah hampir 22 tahun tidak memerintah Kelantan,UMNO dan Barisan Nasional terus prihatin dengan nasib rakyat Kelantan.Perbagai cara yang dibuat dengan mengunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi diKelantan.

Seperti kata orang dulu-dulu,yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.hasil negeri tidak dapat ditingkatkan dan negeri tidak dapat dimajukan dengan hanya berceramah dan bermain politik.bersama-samalah kita menginsafi firman ALLAH SWT didalam ayat surah Ar-Ra-ad ayat 11. "Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya".

Jumaat, 6 Julai 2012

RINGAN SAMA DIJINJING,BERAT SAMA DIPIKUL (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (5).

Punca sebenar kekurangan kemudahan asas dalam Negeri Kelantan terbukti bukan kerana Barisan Nasional menyekat peruntukan Persekutuan kepada Kelantan sebaliknya is berpunca dari kelemahan urus tadbir dan keupayaan pemerintahan meningkat ekonomi negeri.


Sepanjang memerintah Kelntan,Pas telah gagal untuk menjana hasil baru untuk negeri.kegagalan ini memberi kesan kepada ekonomi negeri seterusnya memberi implikasi negatif kepada penduduk.ketidak upayaan memakmurkan Negeri Kelantan juga mengakibatkan pelabur luar tidak berminat untuk melabur diKelantan.Akibatnya peluang pekerjaan didalam negeri Kelantan tidak memadai untuk menampung permintaan pekerjaan dikalangan penduduk.


Salah satu penyumbang utama hasil negeri adalah pemberian daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional iaitu mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant).

Sumber hasil utama lain bergantung hanya kepada hasil pendapatan aktiviti pembalakan menerusi royalti kayu kayan dan premium perhutanan serta premium tanah dan cukai tanah.sumber tersebut begaimanapun tidak mencukupi membiayai keperluan kewangan mengurus negeri.


Oleh yang demikian tanpa pemberian dan bantuan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional keadaaan kewangan Negeri Kelantan sudah pasti amat tenat.

Sebahagian besar daripada jumlah pemberian Persekutuan dimasukkan dibawah terimaan bukan hasil dalam Bajet Negeri Kelantan.

Pemberian TAHAD dan Pinjaman dari Kerajaan Persekutuan pula dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri bagi tujuan pembelanjaan pembangunan.

Pemberian kepada PBT,Lampu Jalan dan Lampu Isyarat,Muzium Negeri dan Perpustakaan Negeri serta penyelenggaraan cerun dan Jalan Negeri yang bernilai lebih RM100 juta setahun pula tidak dimasukkan ke dalam bajet negeri kerana ia disalurkan terus kepada agensi-agensi negeri yang berkenaan.


Terdapat perbezaan ketara diantara bajet asal yang dibentangkan didalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan pembelanjaan sebenar Kerajaan Negeri.

Kerap kali perbelanjaan sebenar Kerajaan Negeri adalah lebih rendah dari bajet asal peruntukan mengurus dan pembangunan.

Oleh yang demikian,peratusan pemberian persekutuan adalah lebih besar peratusannya dalam bajet sebenar berbanding dengan bajet asal.

* Didalam bajet asal Negeri Kelantan lebih kurang 15% daripada perbelanjaan mengurus adalah pemberian persekutuan tetapi penyata perbelanjaan rasmi negeri menunjukkan pemberian sebenar persekutuan melebihi 57% pada 2009 dan 39% pada 2010 dari perbelanjaan mengurus sebenar Negeri Kelantan.

* Pada tahun 2009,64.8% perbelanjaan sebenar pembangunan negeri adalah bersumber dari kerajaan pusat iaitu 49.5% dari sumber pemberian persekutuan dan 15% lagi adalah pinjaman Persekutuan.

*  Pada tahun 2010,13.7% perbelanjaan pembangunan negeri dibiayai dari sumber pinjaman dari Pusat.


Pas mempunyai tabiat menunding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional didalam hampir segenap aspek terutama untuk menutupi kelemahan urus tadbirnya.kerajaan Persektuan Barisan Nasional turut didakwa memperolehi hasil pendapatan yang lumayan menerusi kutipan-kutipan cukai diNegeri Kelantan.

Lantas pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Kelantan kononnya tidak setimpal dengan hasil yang diperolehi.menerusi dakwaan ini sekali lagi rakyat Kelantan terutamanya yang berada diluar Kelantan telai disemai dengan rasa benci kepada Barisan Nasional kerana mendiskriminasi Negeri Kelantan.

Khamis, 5 Julai 2012

PEMBERIAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS) Bab (4).


Kerajaan Pusat Barisan Nasional menyediakan peruntukan besar membiayai pemberian kepada negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia.Dalam tahun 2011,sejumlah lebih RM5 Billion (LIMA BILLION RINGGIT) telah dibelanjakan bagi membiayai pemberian-pemberian tersebut.

Darpada jumlah tersebut,lebih RM368 Juta (TIGA RATUS ENAM PULUH LAPAN JUTA RINGGIT) telah disalurkan kepada Negeri Kelantan walaupun diperintah oleh Pas.

Kerajaan Negeri Kelantan didalam tempoh 6 tahun lalu telah sebanyak 5 kali mengalami difisit perbelanjaan akaun mengurus.khas bagi negeri yang mengalami kekurangan akaun mengurus,Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian kekurangan akaun mengurus agar ia dapat menampung pembelanjaan mengurus termasuk terus berupaya membayar gaji kekitangan awam negeri.

Selain dari Kelantan hanya Negeri Perlis yang turut mengalami kekurangan akaun mengurus.bagaimanapun ianya tidak seburuk difisit yang dialami oleh Negeri Kelantan.pada 2011 Kerajaan Negeri Perlis hanya menerima kurang dari RM5 Juta (LIMA JUTA RINGGIT) untuk tujuan tersebut berbanding hampir RM75 Juta (TUJUH PULUH LIMA JUTA RINGGIT) yang diterima Kerajaan Negeri Kelantan..




Kelantan turut memerima PEMBERIAN BERDASARKAN TAHAD PEMBANGUNAN EKONOMI,INFRASTRUKTUR & KESEJAHTERAAN HIDUP (TAHAD).Ia bertujuan untuk membantu negeri melaksanakan projek-projek pembangunan bagi negeri yang tahad pembangunannya masih rendah,sesuai dengan maklamat pembangunan sosioekonomi yang seimbang diseluruh Malaysia.

Setiap tahun Negeri Kelantan menerima hampir 10% daripada peruntukkan keseluruhan persekutuan bagi TAHAD.pada 2011,Barisan Nasional memperuntukan hampir RM283 Juta dibawah pemberian TAHAD dan Kerajaan Negeri Kelantan menerima hampir RM30 Juta.sejak 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima hampir RM166 Juta pemberian TAHAD.ini menunjukan betapa tahad pembangunan diNegeri kelantan yang masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain diMalaysia.

Kesemua pemberian Persekutuan ni diberi terus kepada Kerajaan Kelantan melain Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan wang ihsan yang disalurkan terus kepada rakyat kelantan yang layak menerimanya.

Sumbangan membantu perbelanjaan mengurus Lembaga Muzium dan Perpustakaan Awan Negeri dan pemberian bil lampu jalan kepada PBT pula disalur terus kepada agensi berkenaan melalui kementerian yang terbabit.

Rabu, 4 Julai 2012

PERMASALAHAN SOSIAL (KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS).Bab (3)

Ancaman jenayah bersenjata api semangkin ketara diKelantan.Peningkatan kadar jenayah mengakibatkan jumlah banduan didalam penjara dipengkalan chepa mencecah 1,800 orang pada akhir 2011 walaupun kadar keselesaannya hanya 1,200 orang.


Kelantan turut mencatatkan jangkitan HIV tertinggi diMalaysia,29 orang dari setiap 100.000 penduduk Kelantan dijangkiti penyakit tersebut.sepanjang 2011 jangkitan baru HIV ialah 462 orang dan kematian disebabkan AIDS adalah 88 orang.Kelantan telah mencatat kadar jangkitan HIV tertinggi semenjak tahun tahun 2008 lagi.


Kes penyalahangunaan dadah diKelantan meningkat 100% dari 4,255 kes pada tahun 2010 kepada 9,124 kes pada tahun 2011.kadar penagihan dadah yang tertinggi mengakibatkan jenayah samun dan pecah rumah semangkin meningkat.


Masalah rumahtangga juga semangkin meruncing.dari tahun 2005 hingga ke 2010 kadar perceraian diKelantan adalah 14.67% sehingga mendorong Kerajaan Pas Kelantan mempertimbangkan hukuman penjara dan sebat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah.


KELANTAN ANAK TIRI @ ANAK EMAS?? Bab (2)

Hujan Emas DiNegeri Orang...Tahad Ekonomi Negeri Kelantan.

Kos sara hidup rendah menggembirakan rakyat.tetapi ia bukan indikasi positif.kos sara hidup rendah diKelantan disebabkan penawaran melebihi permintaan akibat persaingan tinggi dalam pasaran lembab.

Pendapatan kasar isirumah terkini diKelantan sebanyak RM2,536.00 merupakan yang terendah diMalaysia.Jumlah kemiskinan setinggi 7.2% dan peratusan kemiskinan tegar ialah 1.5% pula merupakan yang tertinggi diSemenanjung Malaysia.

Melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sejumlah 85% isirumah diKelantan menerimanya.ini adalah yang tertinggi diMalaysia dan menunjukan lebih 3/4 isirumah diKelantan berpendapatan kurang RM3,000.

Dari senarai 1,000 syarikat besar yang beroperasi diMalaysia hanya Rohm Wako yang berpengkalan diKelantan dan pelaburan asing terus keKelantan dalam 2010 hanyalah 0.3% dari keseluruhan yang masuk keMalaysia.

Statistik ini menunjukan Kelantan paling rendah dari segi pendapatan perkapita dan kadar penyertaan tenaga buruh negeri-negeri dimalaysia.

Selasa, 3 Julai 2012

KELANTAN ANAK TIRI ATAU ANAK EMAS?..BAB (1)

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Bersandar kepada keluasan lebih 15 ribu km persegi,Kelantan merupakan negeri ke 4 terbesar diSemenanjung Malaysia.9 kali lebih luas dari Negeri Melaka,14 kali lebih luas berbanding Pulau Pinang dan 18 kali lebih luas dari Negeri Perlis.


Penduduk Negeri Kelantan berjumlah 1,54 juta orang iaitu 5/4% dari penduduk Malaysia.ini adalah lebih kurang sama dengan jumlah penduduk dipulau pinang dan hampir 2 kali ganda lebih dari penduduk Melaka.Kelantan mencatatkan kepadatan seramai 102 penduduk bagi setiap kilometer persegi.Jumlah penduduk mengikut etnik 2010 mengikut ribu orang (Melayu 1.426.4)+(BumiPutra Bukan Melayu 16.1)+(Cina 51.6)+(India 3.8)+(Lain-lain 9.2)+((Bukan Warganegara 32.5).

Penduduk Kelantan terkenal dengan kehalusan dan ketinggian seni budaya serta berbakat dalam perniagaan dan pengurusan.Tidak hairan ramai anak-anak Kelantan berjaya mengukir nama harum dalam perbagai sektor termasuk dunia korperat.Salah seorang dari mereka ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang telah dinobatkan sebagaikan Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akedemi Pengurusan Asia dan Univesiti Sains Malaysia.

Didalam industri berteknologi tinggi seperti automotif,ramai anak-anak Kelantan pernah memegang jawatan-jawatan penting antaranya bekas bekas Pengerusi Proton Dato Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Dari aspek pertadbiran awan,anak-anak Kelantan mencatat kegemilangan dengan berjaya sampai ke peringkat tertinggi kerier yang diceburi.Ketua Hakim Negara sekarang iaitu YAA Tan Sri Arifin Bin Zakaria dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia,Jeneral Tan Sri Dato'Seri Zulkifli Bim Mohd Zin adalah anak kelahiran Kelantan.

Selain dari itu,Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan,Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani adalah juga berasal dari Kelantan.termasuk jugalah Ketua Pengarah diUnit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU) Jabatan Perdana Menteri,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),RISDA,Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia,Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Anak-anak Kelantan juga terus mengharumkan nama Kelantan setiap tahun didalam bidang akademik dan sukan.


Isnin, 2 Julai 2012

APA ITU PLURALISME AGAMA??..& PANDANGAN ULAMA.

Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa SEMUA AGAMA ADALAH SAMA.Ia adalah satu bentuk tolenrasi agama dimana agama apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama (different way of the same truth).

Kerana itu,tidak boleh ada 'dakwaan kebenaran' (claim of truth) dari agama mana pun bahawa agama mereka lah yang paling benar ,dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar ( true salvation) dari seksa neraka hanya diperoleh apibila memeluk agama tertentu sahaja.

Menurut fahaman ini,kerana agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza menuju titik kebenaran yang sama maka semua agama pasti akan menghantar pemeluknya menuju syurga.

Dari idea pluralisme inilah maka lahir perbagai gagasan lainnya sebagai usaha ke arah mewujubkan tolenrasi beragama sepertidialog antara agama,doa bersama,perayaan bersama dan sebagainya bersama.


(Foto Kanan).Anwar Ibrahim sama mengikuti upacara mengikuti sembah mayat Teoh Beng Hock dalam majlis pengkebumian jenazah.Sebagai penganut pluralisme mengamalkan upacara agama lain merupakan satu kebiasaan.




Pada 2 April 2009 ketika berkempen diBatang Air,Serawak,Anwar Ibrahim menyatakan,

"Isu pengunaan nama ALLAH tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama ALLAH,jadi biarkanlah...."

Dan semasa berucap di The London School Of Economics and Political Science (LSE) pada 18 Mac 2010 bercakap tentang kebebasan agama.beliau turut menyetuh tentang kebebasan dalam Islam dan mengaitkan bahawa agama lain patut berkongsi antara satu sama lain.

Terdapat 12 perkara yang diucapkan oleh Anwar bertentangan dengan ajaran Islam.antaranya,ayat Quran 'tiada paksaan dalam beragama' dan dikatakan Anwar merupakan ayat yang menyokong pluralisme.malah beliau turut menyatakan semua agama adalah sama kerana akhirnya ia akan menujukan kepada yang satu.(Ucapan Anwar ini terang-terangan memperlekehkan kedudukan dan kebenaran islam.

*****************************************************************
                                                                                                                                                                        
Pandangan Ulama !!!

"Fahaman pluralisme amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera.hakikatnya islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi.islam agama yang terpelihara sehingga hari kiamat"-Dr Mohammad Uthman El-Mohammady.Felo Amat Utama,International Institute Of Islamic Thought And Civilization (Istac).

Pandangan Ulama !!!

"Itu lah masalahnya.Anwar tidak pernah menzahirkan sebelum ini.sekarang baru dia zahirkan (sebut).

"Kalau dulu dia (Anwar) kata,dulu lagi saya dah kata dia MURTAD,orang yang kata semua agama adalah sama adalah MURTAD.pasal Tuhan kata INNA DIN IND ALLAH AL ISLAM.Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu ISLAM"-Tan Sri Datuk Dr Harunsani Bin Zakaria,Mufti Perak.

**********************************************************************************
"Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam"-(Ali-Imran ayat 19).

"Barang siapa mencari agama lain selain Islam,maka sekali-kali tidaklah akan diterima (Agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi"-(Ali-Imran ayat 85)

Ahad, 1 Julai 2012

PAS-DULU TERNAK BABI HARAM TP KINI??

Suatu masa dulu Pak Cik Nik Aziz Muhyidul AM Pas kata ternak Babi HARAM,UMNO guna cukai babi,cukai arak buat bayar gaji dan tanah tempat buat kandang babi tu duk sumpah seranah tak rela duk pikul najis babi tapi kini beliau kata pelihara babi boleh asalkan tidak mencemarkan alam sekitar...ini Fatwa untuk nak jaga hati dan hubungan dengan DAP semata-mata isu projek mega RM 100 Juta ternak babi di Ladang Tumbuk, Hulu Langat,Selangor yang dilaksanakan oleh sekutunya DAP diSelangor...dan Tuan-tuan jangan terkejut jika suatu masa nanti Pak Cik Nik Aziz mengeluarkan hukum bahawa berzina tidak mengapa asalkan pakai kondom dan beralas kerana ianya tidak bersentuhan antara kemaluan lelaki dengan kemaluan wanita..satu lagi jika pakai kondom ianya tak boleh beranak,oleh kerana islam haramkan zina kerana mahu jaga keturunan,jadi kalau tak boleh anak maka tak mengapa dan tak jadi masalah..oO sakit tiup pada tayar !


DULU ANTI ARTIS TAPI KINI SAYANG ARTIS

Hairie Othman Bekas Pelakon Leftenan Adnan Bersama Pak Cik Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan didalam majlis anjuran Pas turut bersama YB.Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kuala Kubang Kerian dan YB Husam Musa.


Jika ditilik dan fikir sejak akhir-akhir ini nampaknya pas sudah seolah-olah hilang tumpuan dan ideal untuk menarik sokongan rakyat serta habis kaedah untuk mewujubkan kebencian rakyat kepada Barisan Nasional..Kebanyakan program yang mereka anjurkan sudah hilang sokongan sehingga contohnya sekarang mereka terpaksa mengunakan atau mengupah para artis seperti Abby Abdi,Hairie Othman,Bob Lokman untuk bersama-sama menarik rakyat untuk hadir kemajlis yang dianjurkan oleh mereka padahal suatu masa dulu mereka cukup begitu anti kepada para artis babkan Pak Cik Nik Aziz Nik Mat suatu masa dulu pernah memBOIKOT majlis dirumah Dato Hj Mohd Asri Menteri Besar Kelantan waktu itu (Nordia Dauli Bt Dato Hj Mohd Asri kahwin dgn Jais Anuar,Ketua Pemuda Pas Malaysia) kerana hanya ada persembahan Nasyid Kumpulan Al'Suraya Medan dan beliau mengatakan orang yg belakon,orang yg tgk,wayang gambar haram sebab melalaikan akan tetapi sekarang mereka tantang dan junjung para artis bagai minyak yang penuh dan tak cukup dengan itu difahamkan mereka berselindung disebalik Ngo memutar belit isu titah Tuanku Sultan berkaitan isu royalti minyak yang mana niat tuanku amat baik untuk rakyat kelantan tapi mereka memperguna dan memperalatkan titah tuanku untuk membuat demotrasi diSUK Kota Darul Naim baru-baru ini.

     DiFahamkan Demontrasi diSUK Kota Darul Naim kononnya tuntut Royalti Minyak sehinggakan
     memperalat nama TuanKu Sultan

Antara bukti program mereka yang boleh dianggap gagal iaitu Ceramah Perdana pada 28/6/2012 diTapak Muziam Lama diDun Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang dihadiri oleh Mat Khalwat Sabu Timbalan Presiden Pas Malaysia,Dato'Kamarudin Jaafar Ahli Parlimen Pas Tumpat iaitu erdogan Anwar Ibrahim didalam Pas dan Ustaz Ahmad Yaakub Adun Pasir Pekan merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan.kehadirannya hanya sekitar 400 orang dan tidak melebihan 500 orang..ini kehadiran Mat Khalwat Sabu kali kedua kesitu dan yang pertama dulu beliau hadir bersama Pak Cik Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Sendiri dan kehadirannya pun sekitar 700 orang..adakah mungkin rakyat sudah sedar tentang penipuan-penipuan,kezaliman,politik pas hanya politik pepecahan serta sudah faham bahawa parti pas hanya pandai mewujubkan kebencian sesama islam dan sebagainya yang mereka lakukan selama ini..jika itu yang difahamkan tunggu lah hukuman dari rakyat.